KES buli sampai tahap membunuh!
Bayangkan nyawa tak kira kawan mahupun adik-beradik sendiri boleh melayang sekelip mata akibat perbuatan kejam tersebut.
Paling sedih, mangsa yang berdepan tekanan dan kemurungan dalam tempoh yang panjang, tanpa disedari boleh bertindak di luar kawalan.
Ya, perkara seumpama itu bukannya boleh dibuat main-main.
Malah, statistik Kementerian Dalam Negeri menunjukkan sebanyak 122 kes buli yang sudah disabitkan kesalahan pada tahun 2022 berbanding hanya 50 kes dicatatkan pada tahun terdahulu.
Satu hal serius tak boleh diambil mudah!
Jika kita masih mengambil sikap sambil lewa, tak mustahil kes akan meningkat jika tak dibendung.
Terbaharu, seorang kanak-kanak menjadi mangsa amarah si abang yang depresi teruk selepas dibuli rakan sekolah.
Berdasarkan fakta kes, remaja berusia 14 tahun dipercayai dibuli sejak setahun lalu dan menyebabkan dia sering meracau dan trauma.
Kemuncaknya, suspek melampiaskan kemurungan dengan mencekik si adik sampai hilang nyawa. Allahuakhbar ?
Selain itu, SinarPlus senaraikan empat lagi kejadian buli yang pernah menggegarkan negara:
1. Ditekap seterika sampai mati
- Kes kematian membabitkan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Zulfarhan Osman Zulkarnain pada Mei 2017 memang tak akan buat semua lupa.
- Bukan satu tapi 90 luka akibat kesan lecur pada seluruh tubuh mangsa selepas dituduh mencuri komputer riba.
Baca juga Tragisnya, abang 14 tahun cekik adik hingga maut, ibu nampak dari CCTV, berikut kronologi kejadian
2. Budak darjah 1 dipukul
- Sedih bila mengenangkan semula kes Jackson Nuing Awe, 7, yang berlaku pada tahun 2017.
- Kes bermula selepas berlaku ejek mengejek sebelum mangsa dan suspek berusia 11 tahun bergaduh sehingga menyebabkan kecederaan teruk.
3. Sasaran pembuli senior
- Pada Jun 2010, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, menjadi sasaran pembuli senior selepas diterima masuk sebuah maktab.
- Bukan sahaja didenda dengan tekan tubi, mangsa turut diterajang senior sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.
- Akibat insiden tersebut, berlaku gegaran pada bahagian kepalanya hingga menyebabkan kematian.
Baca juga 90 tekapan seterika, rusuk patah, rajah laporan bedah siasat Zulfarhan runtun hati rakyat Malaysia
4. Dibelasah gara-gara isu pinjam barang
- Kes yang berlaku pada tahun 2004 membabitkan seorang pelajar sekolah menengah, Muhammad Farid Ibrahim berusia 16 tahun.
- Mangsa dikatakan diikat sebelum dipukul oleh lapan suspek sehingga meninggal dunia.
- Punca kematian akibat pendarahan pada bahagian otak.
Itu kes yang dilaporkan selepas kantoi. Mungkin ada banyak lagi peristiwa yang masih disenyapkan pihak tertentu untuk menjaga nama baik.
Meskipun suspek yang ditahan sudah menerima hukuman setimpal, namun semua itu tidak mampu mengembalikan jiwa yang terkorban.
Baca juga Gadis buta sebelah mata ditumbuk pembuli gara-gara selamatkan remaja OKU. Ini kisahnya
Justeru, SinarPlus menasihatkan semua pihak supaya ambil tahu kes buli supaya tidak lagi anak-anak menjadi mangsa dan pemangsa.
Moga semua hal buruk yang berlaku menjadi iktibar kepada kita.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!