TRAGISNYA kematian kanak-kanak ini, kehilangan nyawa selepas dipercayai dicekik abang kandung sendiri.

Kejadian yang menimpa si kecil berusia sembilan tahun itu hanya disedari apabila ibunya yang melihat paparan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah mereka di Kampung Bukit Piatu, Melaka Tengah.

Baca juga: Bapa longlai anak ketiga sudah tiada, dedah anak sulung mangsa buli di asrama. Trauma, sering meracau

Berikut adalah kronologi kejadian:

1-Mangsa tidak hadir ke sekolah pada hari ini kerana mengalami sakit mata.

2-Kanak-kanak itu tinggal bersama abangnya yang dipercayai mengalami masalah kesihatan sejak beberapa minggu lalu.

3-Insiden mangsa dicekik disedari ibu selepas melihat paparan CCTV rumah melalui telefon bimbit.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

4-Ibu berkenaan kemudian memaklumkan kepada jiran bahawa anak sulung dari empat beradik itu sedang mencekik adiknya.

5-Jiran mereka, Qhurun Ain Johani, 31, kemudian bergegas ke rumah berkenaan.

6-Beliau terkejut melihat mangsa terbaring di atas lantai dalam keadaan kebiruan.

7-Difahamkan, abang mangsa seperti tidak sedar apa yang sedang dilakukan dan masih mencekik adiknya hingga beberapa jiran lain datang membantu.

8-Qhurun Ain menyifatkan remaja lelaki itu seorang yang baik dan sering bermain dengan anak-anak jiran. Perubahan yang dialami selepas pulang dari sekolah tahfiz mengejutkan.

Baca juga: Adik ajal di tangan kakak gara-gara berebut tempat duduk dalam kereta, berikut kronologi kejadian

9-Di sebalik insiden tragis ini, jiran mendakwa remaja berkenaan pernah mengalami trauma seperti dirasuk baru-baru ini.

10-Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kes berkenaan sedang dalam siasatan.

Iklan

11-Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dan menjaga sensitiviti keluarga.

Salam takziah buat keluarga mangsa dari SinarPlus. Al-Fatihah.

Baca juga: Masih bawah umur, kakak tidak sengaja tikam adik bebas dengan jaminan, berikut kronologi sebenar kejadian

Baca juga: Remaja huffaz al-Quran hilang 96 jam minum air parit, ditemui selepas azan, ini kronologinya

Sumber: Sinar Harian, Bernama

Iklan

Kredit foto utama: Freepik

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!