Sedih berpanjangan dan hilang minat dengan perkara disukai. Itu petanda kemurungan

Iklan
IMAGE (18)

Sedih berpanjangan dan hilang minat dengan perkara disukai. Itu petanda kemurungan

BERITA kematian penyanyi Hong Kong, Coco Lee baru-baru ini mengejutkan banyak pihak.

Iklan
Iklan

Menurut laporan Reuters, bintang berusia 48 tahun tersebut meninggal dunia ketika menerima rawatan di Queen Mary Hospital, Hong Kong, China akibat cubaan membunuh diri.

Beliau disahkan bertarung dengan masalah mental iaitu kemurungan atau depresi sejak beberapa tahun lalu.

Iklan

Kakak sulung Coco yang juga bekas pengurusnya, Nancy dalam satu kenyataan di Instagram berkata, adiknya telah mendapatkan bantuan profesional dan melakukan yang terbaik untuk melawan kemurungan yang dihadapi.

[caption id="attachment_119290" width="598"] SUMBER foto Reuters.[/caption]

Iklan

Pun demikian, tekanan yang dialami membuatkan beliau bertindak di luar kewarasan.

Melihat kepada situasi tersebut, depresi atau tekanan adalah penyakit mental yang boleh dialami oleh sesiapa sahaja.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira 3.8 peratus populasi di seluruh dunia mengalami masalah kesihatan itu.

Data menunjukkan lebih 700,000 orang dilaporkan maut kerana membunuh diri pada setiap tahun.

 

Menurut Cleveland Clinic, kemurungan merupakan masalah kesihatan yang memberi kesan negatif kepada perasaan, cara berfikir dan tindakan.

Situasi tersebut menyebabkan pesakit mengalami perasaan sedih atau kehilangan minat dalam aktiviti yang pernah digemarinya.

"Rasa sedih atas situasi kehidupan yang sukar seperti kehilangan pekerjaan atau penceraian adalah perkara biasa.

"Bagaimanapun, kemurungan melibatkan perasaan sedih berterusan hampir setiap hari selama sekurang-kurangnya dua minggu dan melibatkan gejala lain,” katanya.

[caption id="attachment_119217" width="600"] SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.[/caption]

Terdapat beberapa jenis gangguan kesihatan mental tersebut.

Antaranya adalah kemurungan klinikal atau major depressive disorder.

Iadalah jenis kemurungan yang paling teruk.

'Jika tidak dirawat dan dibiarkan terlalu lama, pesakit boleh mencederakan diri sendiri atau berkemungkinan mencabut nyawa sendiri," kata sumber itu.

Cleveland Clinic menambah, penyelidik masih tidak mengetahui punca masalah kesihatan tersebut.

Namun, antara faktor penyebabnya yang diambil kira adalah seperti berikut:

1. Bahan kimia otak

- Ketidakseimbangan bahan kimia otak, neurotransmiter menyumbang kepada kemurungan.

2. Genetik

- Individu yang mempunyai ahli keluarga penghidap depresi berkemungkinan untuk mewarisinya. Pun begitu, kemurungan boleh berlaku tanpa sejarah keluarga.

3. Tekanan dalam kehidupan

- Pengalaman yang sukar seperti kehilangan orang tersayang, trauma, dan kekurangan sokongan boleh mencetuskan kemurungan.

Baca juga: Tidak gembira ketika bercuti atau ketika menyanyi? Situasi itu adalah permulaan kepada kemurungan

[caption id="attachment_119218" width="267"] SUMBER Thirdman daripada PEXELS.[/caption]

4. Masalah kesihatan

- Penyakit kronik seperti diabetes boleh menyebabkan depresi kepada penghidapnya.

5. Rawatan kesihatan

-Sesetengah ubat boleh memberi kesan sampingan kepada masalah mental.

TANDA DEPRESI

Sementara itu, American Psychiatric Association berkata, seseorang yang mengalami depresi akan mengalami simptom yang berbeza. Antaranya:

1. Perasaan sedih atau tertekan.

2. Hilang minat atau keseronokan terhadap aktiviti yang biasa dilakukan.

3. Perubahan selera makan yang membawa kepada penurunan atau peningkatan berat badan.

4. Masalah tidur atau terlalu banyak tidur.

5. Kehilangan tenaga atau keletihan.

6. Peningkatan aktiviti fizikal seperti tidak dapat duduk diam dan bertutur dengan perlahan.

7. Rasa tidak berharga atau bersalah.

8. Kesukaran untuk berfikir, menumpukan perhatian dan membuat keputusan.

9. Cenderung untuk berfikir tentang kematian dan bunuh diri.

BOLEH DIRAWAT

Kata American Psychiatric Association, penyakit kemurungan adalah antara masalah mental yang boleh dirawat.

Kajian menunjukkan 80 hingga 90 peratus pesakit depresi memberikan tindak balas yang positif terhadap rawatan.

[caption id="attachment_119219" width="600"] SUMBER Cottonbro Studio daripada PEXELS.[/caption]

"Sebelum diagnosis atau rawatan diberikan, pakar perubatan lazimnya akan menjalankan penilaian diagnostik yang menyeluruh termasuk temu bual dan pemeriksaan fizikal.

"Dalam sesetengah kes, ujian darah mungkin dilakukan bagi memastikan masalah kemurungan yang dialami bukan disebabkan oleh masalah kesihatan seperti tiroid atau kekurangan vitamin,” ujar American Psychiatric Association.

Penilaian akan mengenal pasti gejala, sejarah perubatan dan keluarga serta faktor persekitaran bagi mengenal pasti rawatan yang bersesuaian.

Berikut adalah kaedah rawatan untuk pesakit depresi:

1. Penggunaan ubat anti-depressant.

2. Psikoterapi.

3. Terapi elektrokonvulsif.

4. Self-help (tindakan membantu dan memperbaiki diri sendiri).

Baca juga: Kawal kemurungan, kemarahan dan kesunyian pesakit demensia. Teknik daripada hospital ini boleh bantu mereka

Baca juga: Kemurungan bukan ‘penyakit mengada-ngada’, ini implikasi buruk jika dibiarkan berterusan

PERUBAHAN GAYA HIDUP

Dalam pada itu, laman perubatan Hello Doktor mencadangkan perubahan gaya hidup dan kaedah rawatan sampingan yang mungkin membantu mengatasi depresi. Antaranya:

1. Ikuti jadual rancangan rawatan.

2. Mempelajari mengenai depresi.

3. Beri perhatian kepada tanda-tanda amaran dan bekerjasama dengan doktor atau ahli terapi bagi mengetahui pencetus simptom kemurungan.

4. Elakkan daripada mengambil alkohol dan dadah yang boleh memburukkan simptom dan menjadikan penyakit sukar dirawat.

5. Menjaga diri dengan mengambil makanan sihat, melakukan aktiviti fizikal dan mendapatkan tidur yang cukup.

[caption id="attachment_119220" width="600"] SUMBER Pixabay daripada PEXELS.[/caption]

6. Ringkaskan kehidupan dengan menolak tanggungjawab jika boleh dan menetapkan azam yang bersesuaian untuk diri.

7. Menulis jurnal sebagai sebahagian daripada rawatan.

8. Baca buku atau laman web tentang nasihat dan tip untuk membantu diri sendiri.

9. Cari kumpulan sokongan.

10. Jangan mengasingkan diri.

11. Pelajari cara bertenang dan mengawal tekanan.

12. Susun masa dan rancang tugasan harian.

13. Jangan buat keputusan semasa sedang bersedih.

SinarPlus ingin ingatkan jika anda mengalami simptom kemurungan, jangan ambil mudah.

Berjumpalah dengan pakar berkaitan untuk mendapatkan rawatan bagi mengelak masalah yang dialami bertambah kronik.

Tidak mustahil anda boleh bertindak di luar dugaan jika terus bergelumang dengan kemurungan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!