Kukus 15 minit, kuih jongkong warisan kulinari lama sudah tersedia. Senang rupanya nak buat 

Iklan
IMAGE (21)

KUIH tradisional orang lama-lama memang jarang nak jumpa pada zaman sekarang.

Bukan dah jemu, tapi rasanya orang era sekarang sudah tak minat nak warisi cara membuatnya.

Iklan
Iklan

Antara kuih tradisi yang susah sekali nak jumpa ialah kuih jongkong.

Biasanya, kalau mahu makan kuih itu, kena tunggu bulan puasa baru jumpa.

Iklan

Itu pun kena cari di bazar-bazar Ramadan tertentu, bukan semua ada.

Jadi, apa kata anda cuba buat sendiri di rumah. Lebih puas nak makan.

Iklan

Kali ini, SinarPlus ingin kongsikan resipi juadah tersebut hasil perkongsian seorang pengguna Facebook menggunakan nama MariaKhalisya Khalis.

Baik, mari kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya.

Baca juga: Nama pelik, tapi rasa cukup padu. Kuih balongan ayam air tangan Ruhizan jadi perhatian di Kuala Kurau

Baca juga: Kuih orang lama lepat cendol mudah tak perlu kukus, makan sejuk-sejuk memang nikmat

Resepi kuih jongkong

Bahan A

1 cawan tepung beras (guna cap gajah tiga)

5 sudu makan tepung ubi

5 cawan santan (1 kotak kecil santan Kara jadikan 5 cawan)

Garam sesedap rasa

2 sudu makan minyak masak

2 sudu makan air kapur (pilihan)

Bahan B

1 cawan gula melaka atau gula merah

5 sudu makan gula putih

Cara penyediaan:

1.Sebatikan semua bahan A. Masak di atas dapur sampai likat atau kental. Sejukkan.

2.Campur gula melaka atau gula merah bersama gula putih.

3.Layur daun pisang dan sediakan lidi secukupnya.

4.Gunakan dua lapis daun pisang, letakkan gula di bahagian bawah dan satu senduk adunan tepung di atasnya.

5.Bungkus kemas.

6.Kukus menggunakan api perlahan selama 15 minit.

7.Hidangkan ketika sejuk.

Melihat kepada proses penyediaan, okeylah tak susah pun, paling penting kena rajin.

Tambah wanita tersebut, jika mahu buat dalam kuantiti yang banyak, boleh gandakan bahan-bahannya.

Kalau dah pandai, bolehlah kita jual lepas tu.

Selamat mencuba!

Sumber:MariaKhalisya Khalis

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!