SEDAPNYA kuih lepat cendol! Rasanya yang lemak-lemak manis, memang tak jemu dimakan.

Resipinya pun senang jer nak buat. Tidak perlu kukus pun hanya perlu masak dalam kuali dan bungkus sahaja menggunakan daun pisang. Memang enak dan dijamin menjadi.

Sejukkan dalam peti ais sekejap dan boleh terus dimakan. Makan sejuk-sejuk aduhai nikmatnya!

Pekena pula petang-petang kuih orang lama ni ketika musim panas ni kan.

Bahan-bahannya;

  • 1 cwn tepung jagung
  • 1 cwn gula
  • 2 sudu besar tepung Ang Kwe
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 kotak santan kara
  • 1 liter air
  • 1 bungkus cendol dalam 200 gram
  • Daun pisang siap dilayur

Cuba juga Hampir 700 share, resipi kek coklat viral sukatan cawan, gerenti sedap & super moist

 

Cara membuatnya;

1.Satukan semua bahan kecuali cendol di dalam kuali. Kacau sebati kemudian masak atas api perlahan. Pastikan adunan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Masak adunan sampai pekat berkilat.

2. Kemudian masukkan cendol dan kacau lagi sampai adunan meletup-letup kecil. Padamkan api.

3. Ambil daun pisang yang sudah dilayur api, sudukan adunan dan bungkus lepat cendol semasa masih panas.

Iklan

4. Bungkus dengan kemas dan lakukan hingga habis adunan. Tunggu lepat cendol sejuk, bolehlah dinikmati.

Cuba juga Bosan dengan inti sayur, jom buat Popia Beef Caramel Pepper ditambah dengan keju. Memang sedap giler!

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: Mamata Aiza

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan!