Beri pujian, banyakkan bercakap. Itu antara cara atasi kalau anak alami masalah lewat perkembangan

Iklan
IMAGE (22)

Beri pujian, banyakkan bercakap. Itu antara cara atasi kalau anak alami masalah lewat perkembangan

SETIAP ibu bapa pasti mahu melihat si manja mereka membesar dengan sihat.

Iklan
Iklan

Justeru, aspek tumbesaran dan perkembangan bayi dan kanak-kanak sentiasa menjadi fokus utama.

Ibu-ibu muda pastinya sangat teruja dengan setiap pencapaian si manja.

Iklan

Keupayaan anak kecil untuk mula merangkak, mengambil langkah pertama atau bertutur sentiasa dinanti-nantikan oleh mak ayah.

Pun begitu, ada anak-anak yang tidak mencapai perkembangan normal mengikut usia mereka.

Iklan

[caption id="attachment_119547" width="533"] SUMBER Jessica West daripada PEXELS.[/caption]

Kata Hello Doktor, setiap anak membesar mengikut rentak mereka sendiri.

Umumnya, kesukaran dalam mencapai tahap perkembangan kanak-kanak dalam kemahiran berbahasa, berfikir, sosial atau motor disebut sebagai kelewatan perkembangan atau Global Developmental Delay (GDD).

Baca juga: Dapatkan jurupulih pertuturan untuk bantu perkembangan anak autisme, jangan biarkan mereka begitu sahaja

Baca juga: Anak jalan lambat petanda kepada autisme? Pakar pediatrik ini beri penjelasan lanjut

 

Menurut laman perubatan tersebut, terdapat banyak punca yang boleh menyumbang kepada kelewat perkembangan kanak-kanak. Antaranya:

1. Kelahiran pramatang.

2. Keadaan genetik seperti sindrom Down.

3. Masalah penglihatan atau pendengaran.

4. Kekurangan zat makanan.

5. Penggunaan alkohol atau dadah semasa kehamilan.

6. Penderaan atau pengabaian fizikal.

7. Kekurangan oksigen semasa bersalin.

[caption id="attachment_119555" width="600"] SUMBER Cottonbro Studio daripada PEXELS.[/caption]

Sementara itu, Verywell Mind memberitahu, GDD tidak mempunyai simptom yang spesifik.

Antara simptom yang mungkin boleh dilihat pada kanak-kanak GDD adalah seperti berikut:

1. Kelewatan dalam kemahiran motor (termasuk merangkak dan berjalan).

2. Kesukaran dengan kemahiran motor halus.

3. Kelewatan bahasa dan komunikasi.

4. Kesukaran memahami komunikasi.

5. Kesukaran menyelesaikan masalah.

6. Kesukaran dengan kemahiran sosial.

Baca juga: Gajet antara punca anak lambat bercakap, ini solusinya

Baca juga: Betulkah makan telur boleh lambatkan proses penyembuhan luka dan bernanah? Ini fakta yang ramai kena tahu

Tambahnya, diagnosis ketidakupayaan intelek boleh dilakukan dengan menilai fungsi kognitif dan rangsangan si kecil tersebut.

Ujian tersebut boleh dilakukan semasa bayi lahir, namun kebanyakan ujian kognitif lebih tepat jika dijalankan kepada kanak-kanak yang sudah mencapai usia enam tahun.

[caption id="attachment_119550" width="711"] SUMBER Artem Podrez daripada PEXELS.[/caption]

Dalam pada itu," target="_blank" >Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, kanak-kanak GDD memerlukan persekitaran yang memberangsangkan dan kasih sayang untuk membantu mereka meningkatkan pencapaian.

Menerusi satu ciapan di Twitter, KKM berkongsi" target="_blank" >garis panduan am yang boleh digunakan oleh ibu bapa dan penjaga yang menjaga kanak-kanak GDD.

Berikut adalah kaedah-kaedah membantu kanak-kanak GDD. Antaranya:

1. Berikan pujian.

2. Banyakkan komunikasi.

3. Apabila anda membantu kanak-kanak mempelajari kemahiran baharu, bimbing pergerakannya dengan tangan anda.

4. Gunakan cermin untuk membantu kanak-kanak belajar.

5. Jadikan pembelajaran menyeronokkan.

6. Galakkan kanak-kanak untuk menjangkau atau melakukan aktiviti yang lebih mencabar.

7. Gunakan teknik meniru (copying).

8. Berikan demonstrasi peralatan baharu kepada mereka.

Baca juga: Nak lambat tua, awet muda, amalkan 5 jenis makanan ini

[caption id="attachment_119551" width="600"] SUMBER Allan Mas daripada PEXELS.[/caption]

Ibu bapa adalah golongan yang paling arif tentang perihal perkembangan si manja.

Jika mengesyaki anak anda mungkin mengalami lewat perkembangan, SinarPlus cadangkan agar segera dapatkan nasihat pakar kesihatan.

Jangan bertangguh, rawatan dan terapi awal boleh membantu masa depan si manja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!