'This one is for you Tok Pok.' Anak Azhar Sulaiman, Andika Rees Pahamin genggam ijazah pada usia 21 tahun

Iklan
'This one is for Tok Pok.' Anak Azhar Sulaiman, Andika Rees Pahamin genggam ijazah pada usia 21 tahun (3)

ANAK lelaki Azhar Sulaiman, Andika Rees Pahamin selamat menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang maritim pada usia 21 tahun.

Menggapai kejayaan pada usia muda, Rees yang juga atlet Malaysia dalam arena sukan hoki ais membanggakan kedua ibu bapa dan keluarga.

Iklan
Iklan

Pencapaian anak keduanya dikongsikan Azhar menerusi laman sosial Instagram beliau.

"Syukur Alhamdullilah Andika Rees Pahamin bin Azhar. Job well done son. Next..." kongsinya.

Iklan

 

Iklan

Dalam pada itu, Azhar menitipkan harapan buat Rees untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi pada masa akan datang.

Tidak ketinggalan, pelakon Mira Edora itu turut berseloroh tentang jodoh si anak.

"Rees baru 21. Long way to go. Selepas ini kena sambung belajar lagi.

"Esok sudah kerja dan mencecah usia 25 atau 26, baru boleh kahwin.

"Kalau tak pandai cari, Mommy and Daddy will arrange it for you!" kongsi Azhar.

Baca juga: Anak genggam sarjana sains pada usia 27 tahun, Rahmad Mega buat kejutan menyanyi di pentas

Rees pula membuat hantaran di laman sosial mendedikasikan beberapa keping foto bersama skrol ijazah Bachelor of Science Maritime Business and Law dari Solent University, Southampton, untuk datuk tersayang, bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Abdul Rajab.

Allahyarham Pahamin yang berusia 77 tahun menghembuskan nafas terakhir dalam pesawat ketika dalam perjalanan ke kota London pada minggu lalu bagi menghadiri majlis konvokesyen Rees.

Baca juga: Tamat pengajian dengan cemerlang, anak Arni Nazira raih Anugerah Akademik, wajah seiras raih perhatian warganet

Difahamkan, Allahyarham pengsan ketika berada dalam bilik air pesawat.

Krew dan doktor-doktor yang ada dalam penerbangan lebih sejam cuba menyelamatkan.

Susulan itu, juruterbang telah mendapat keizinan untuk mendarat lebih awal di Heathrow, London.

Keluarga memutuskan untuk mengebumikan arwah di Tanah Perkuburan Islam Gardens of Peace, Five Oaks Lane, Chigwell, London.

Difahamkan, sehari sebelum berlepas ke London, Allahyarham Pahamin baharu sahaja kembali dari Tanah Suci bagi menunaikan ibadah haji.

Baca juga: Sering ditanya punca terlalu kurus & cengkung, ini jawapan Anak Azhar Sulaiman. Lucu tapi win!

Warganet mengucapkan tahniah atas kejayaan Rees dan dalam masa yang sama mengucapkan takziah atas pemergian datuknya.

-"Alhamdulillah, Allahyarham datuk Rees pasti bangga dengan kejayaan cucunya. Apatah lagi Rees ada surname beliau."

-"Allahyarham Datuk Pahamin will always be in Rees' name. Tahniah dan selamat maju jaya, be strong!"

-"Congratulations to Rees and proud daddy @azharbsulaiman and momma, al-Fatihah untuk Allahyarham."

-" Tahniah Rees dan mami sekeluarga."

-"Alhamdulillah. Cepatnya graduate, congratulation Rees."

Azhar berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 24, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin serta Kasih Iris Leona, 21.

Baca juga: Inspirasi! Zed Zaidi genggam sarjana pendidikan pada usia 43 tahun, titip penghargaan buat isteri & anak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang