ANAK genggam sarjana sains, penyanyi Rahmad yang juga vokalis kumpulan Mega tampil memberikan kejutan dengan membuat persembahan di Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke 17 di Kompleks Sukan UMP.

Rahmad hadir meraikan konvokesyen anaknya, Suhazri Amrin, 27, penerima Sarjana Sains dilihat turut menemani bapanya di pentas ketika membuat persembahan.

Baca juga: 12 tahun ‘single mom’ azam cuma nak besarkan anak. 2 anak raih ijazah berganda, luahan Che Ta undang sebak!

Baca juga: Irdina Shahriman, pelajar cemerlang M’sia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech

Penyanyi rock terkenal di era 90-an itu menyanyikan lagu berjudul Takdir Dan Waktu menarik perhatian ibu bapa yang hadir.

Menerusi Instagram, Rahmad turut menitipkan doa agar anaknya terus berjaya.

“Tahniah buat anakanda Suhazri Amrin kerana telah berjaya menyelesaikan Sarjana Sains di UMP. Papa doakan semoga terus berjaya,” katanya yang turut berkongsi beberapa video dan foto sekitar majlis yang berlangsung.

Ditanya tentang didikan anak, penyanyi yang popular dengan lagu Bayangan Gurauan itu berkongsi tentang peranan ibu bapa perlu menyokong minat dan pencapaian akademik anak.

Baca juga: ‘Buat mummy rasa wanita terbahagia dunia akhirat.’; Result anak cemerlang, Didie Alias luah sebak!

Iklan

Baca juga: Inspirasi! Ibu dua anak, Ana Rafali luah syukur selesai Master

“Kalau boleh jangan sekat minat anak. Kita harus lihat kecenderungan dan potensi anak-anak dan sokong apa jua minat mereka,” katanya.

Suhazri Amrin sebelum ini telah menamatkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda  Kejuruteraan Elektrik pada tahun 2018 sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana.

Iklan

Baca juga: Graduan ijazah kelas pertama tak perlu bayar balik PTPTN, ini syarat, cara wanita perlu tahu

Sumber: Instagram Rahmad Mega

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi