Bihun goreng lebih sedap kena guna 1 bahan ini, masak koboi pun habis sekuali

Iklan
Bihun goreng lebih sedap kena guna 1 bahan ini, masak koboi pun habis sekuali

BIHUN goreng tak semua orang boleh masak sempurna. Nak dapatkan bihun yang lembut, kenyal sesedap rasa pun bukan mudah.

Rupa-rupanya, ada tip masak bihun goreng lebih sedap dengan hanya masukkan satu bahan ini dalam masakan, memang menyerlahkan lagi aroma rasa dan baunya.

Iklan
Iklan

Walaupun hanya bihun goreng koboi, kalau guna bahan ini akan jadi lebih enak, confirm anak-anak minta repeat masak hidangan ini.

Nak buat bihun koboi ni pun kena lah buat yang sedap supaya ada rasa dan menarik untuk dimakan.

Iklan

Tip dia adalah menggunakan ikan bilis sebagai bahan perasa utama. Memang ngam 'teruk'lah rasa dia.

Perkongsian daripada Cik Puan Hana A Razak ini anda boleh cuba. Bukan sahaja mudah, tapi rasanya memang padu.

Iklan

TIP MASAK BIHUN GORENG SEDAP

Bahan-bahan;

Cuba juga Nampak simple tapi boleh buat makan bertambah! Ibu boleh cuba bihun sup ‘bodo’ 5 bahan ini

Cara membuatnya;

1. Basuh bersih ikan bilis dan tumbuk separuh hancur. Kemudian panaskan minyak. Goreng ikan bilis sampai garing. Kalau tak ada ikan bilis boleh gantikan dengan udang kering.

2. Seterusnya, hiris nipis bawang merah dan bawang putih. Masukkan dalam kuali bila ikan bilis dah garing. Tumis sampai bawang layu.

3. Masukkan pula cili kisar. Masak sampai pecah minyak. Sambal dah pecah minyak, renjiskan sedikit kicap. Pastikan bihun kita sedang direndam tau. Saya rendam dengan air biasa je, bukan air panas.

4. Lobak merah tu, basuh dan potong panjang seperti batang mancis. Lepas itu, masukkan dalam kuali dan biarkan lembut sedikit.

Baca juga Tidak boleh makan laksa, kuetiau, bihun semasa berpantang, ini penjelasan pakar yang perlu ibu-ibu tahu

5. Kemudian, masukkan air. Air ni banyak sikit pun tak apa sebab nak lembutkan bihun sekali. Pecahkan 2 biji telur ke dalam kuali. Kacau telur sampai hancur. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk perasa jika ada.

6. Seterusnya, masukkan bihun. Kacau sampai bihun sekata dengan bahan tumis kita tadi. Sentiasa kacau supaya bihun kita lembut sekata. Jika suka kering, boleh biarkan sedikit lama dalam kuali dengan api yang perlahan. Sesekali dua je kacau dalam kuali. Siap dan sedia untuk dihidangkan!

Selamat mencuba!

Sumber: Hana A Razak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!