Petua cuci siput sedut guna 1 bahan, lendir & hanyir hilang, tak perlu hampas kelapa

Iklan
Petua cuci siput sedut guna 1 bahan, lendir & hanyir hilang, tak perlu hampas kelapa (1)

SIPUT sedut atau juga dikenali sebagai siput belitung kegemaran ramai. Siput air tawar yang banyak dijual di pasar tani ini sangat sedap, lebih-lebih lagi jika diolah menjadi masak lemak.

Sebelum dimasak dan dijadikan santapan, siput ini perlu dibersihkan dengan teliti. Selain lumpur, lendir dan bau hanyirnya juga perlu dihapuskan.

Iklan
Iklan

Pengguna Facebook Estos Felica berkongsi cara mudah dan menjimatkan mencuci haiwan ini yang diwarisi turun temurun daripada keluarga.

Baca juga:Mudahnya tanam pokok ketumbar guna biji ketumbar timbang kilo, modal tak sampai 50 sen, boleh tanam banyak kali

Iklan

Baca juga: Petua mudah kacang tanah goreng kekal rangup, hanya basuh & letak 7 sudu bahan ini

Tidak seperti kebanyakan petua, tip kali ini hanya menggunakan satu bahan dan pastinya bukan hampas kelapa.

Iklan

Berikut langkah petuanya:

PETUA MENCUCI SIPUT SEDUT/ SIPUT BELITUNG

Bahan

Serai

Air paip

Langkah penyediaan

1. Bersihkan siput terlebih dahulu dan potong dua ruas dari belakang untuk memudahkan proses menyedut ketika makan nanti. Bilas ia beberapa kali.

2. Ambil serai dan ketuk ia menggunakan lesung.

3. Kemudian ramaskan serai di dalam air rendaman berisi siput siput tadi.

4. Biarkan siput terendam di dalam air berkenaan selama 15 hingga 30 minit sebelum dibersihkan.

Baca juga:Petua rebus kerang isi tak kecut, lembut & segar, ikut step ini elok kejadiannya

KHASIAT SIPUT SEDUT

Siput ini bukan sahaja enak, malah ia juga kaya dengan pelbagai nutrien. Berikut adalah kelebihannya:

a)Ia adalah sumber protein yang baik dan kaya dengan asid amino. Sumber protein yang murah berbanding daging.

b)Tinggi kandungan vitamin A dan C yang berupaya meningkatkan sistem imun.

c)Ia mengandungi folat yang sangat baik diambil ibu hamil dan bagus untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

Baca juga: Petua berguna pilih ketam banyak isi anak nelayan share, barulah berbaloi beli mahal

Sumber: Estos Felica

Kredot foto utama: Norimah Sarib

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!