Ikatan 34 tahun berakhir penceraian, ND Lala, isteri sah berpisah

Iklan
Ikatan 34 tahun berakhir penceraian, ND Lala, isteri sah berpisah

IKATAN rumah tangga penyanyi terkenal pada era 1980-an dan 1990-an, Datuk Amir Amzah Salleh atau dikenali sebagai ND Lala yang terbina selama 34 tahun dengan isteri, Datin Fauziah Sarman akhirnya terlerai.

Berita duka itu dikongsikan Fauziah menerusi laman sosial Instagram.

Iklan
Iklan

Ibu kepada penyanyi Shila Amzah dan Syada Amzah itu mendedahkan ND Lala telah melafazkan cerai kali pertama pada 2 Ogos lalu manakala kali kedua pada 8 Ogos.

"Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dengan izin-NYA dan kekuatan kasih sayang ALLAH, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.

Iklan

"Alhamdullilah, ALLAH telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini. Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, insya-ALLAH," titipnya.

Iklan

Baca juga: Akhirnya, Shila Amzah sah milik Ubai dengan sekali lafaz. Terima mas kahwin RM20,000, wang hantaran dirahsiakan

Ibu kepada empat cahaya mata itu menjelaskan pendedahan status berkenaan untuk mengelakkan sebarang fitnah.

Dalam pada itu, Fauziah memohon warganet mendoakan agar dirinya kuat untuk meneruskan kehidupan.

"Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana kuatnya saya selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.

"Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan dalam membina hidup yang lebih diredai ALLAH tanpa menyakiti jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.

"Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata.

"Hanya ALLAH SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua," kongsinya.

Baca juga: ‘Asalkan itu yang terbaik buat dirinya’. Komen Syada Amzah dengan pilihan kakak. Bakal ikut jejak Shila tak lama lagi

Sebelum ini, ND Lala dikaitkan dengan kontroversi berhubung penyanyi lelaki popular era 80-an yang dikhabarkan bernikah lagi bersama wanita muda.

Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan atau kenyataan berhubung berkaitan isu terbabit.

Terdahulu, rumah tangga pasangan tersebut dikatakan berantakan. Namun Shila menafikan spekulasi dan menjelaskan rumah tangga ibu bapanya sedang melalui fasa sukar.

ND Lala dan Fauziah berkahwin pada tahun 1989. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25.

Baca juga: 'Saya sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk Shila dan Seth.-Ubai

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!