HIDUP ini memang tidak lari daripada perbandingan. Nasib itu dialami oleh Syada Amzah yang merupakan adik kepada penyanyi terkenal, Shila.

Ah! Pedulikan sikap nista segelintir masyarakat itu. Kata Syada, beliau mempunyai sisi tersendiri.

Sebelum menyelongkar lebih jauh kisah empunya diri, lebih baik kalau SinarPlus mengimbau sedikit bagaimana kemunculannya di pentas hiburan.

Berawal, Syada merupakan peserta Idola Kecil musim ke-4. Nyanyian merdunya yang sering mendendangkan kembali lagu saduran dan dimuat naik di Instagram, membuatkan ramai jatuh suka.

syada
Anak kepada penyanyi veteran ND Lala itu kemudian terpilih menyertai rancangan realiti, Big Stage 2. Kini, selepas 15 tahun menanti, Syada tersenyum lebar apabila sudah tampil dengan album terbaharu berjudul Hasrat.

“Memandangkan ahli keluarga saya ramai yang aktif sebagai anak seni, jadi banyak benda yang saya boleh belajar sama ada baik atau buruk dan yang mana patut dielakkan.

“Pada masa sama, saya cuba mencari diri sendiri. Dalam tempoh tersebut, memberi ruang dan peluang untuk saya ‘duduk‘ depan cermin dan mengenali diri dengan lebih baik, sekali gus tampil dengan buah tangan terbaik iaitu Hasrat,“ ungkap pemilik nama sebenar Nursyuhada Amir Amzah membuka mukadimah bicara kami.

Melihat Syada seperti terbuka menerima apa sahaja soalan, penulis terus bertanya apa perasaannya apabila seringkali dibandingkan dengan Shila?

Bukan apa, si kakak sudah terbang tinggi sehingga ke persada antarabangsa. Anugerah di pentas berprestij pun sudah banyak dibolotnya.

Baca ni ‘Kehadiran Hana telah banyak mengubah prestasi diri dan sumber kekuatan saya’. Ucapan tulus Da‘i Syed kepada isterinya

syada

Beliau terus memberi jawapan matang dengan berkata: “Bohonglah andai kata tidak kecewa atau marah. Namun, itu semua berlaku ketika usia masih kecil. Selepas dah masuk belasan tahun, saya sudah boleh bersikap rasional. Kami adik-beradik dibesarkan dengan pemikiran ‘tukar masalah jadi peluang‘.

“Justeru, saya rasa bangga dengan kejayaan kakak melebihi daripada rasa cemburu, sementelah yang berjaya itu bukan orang lain, sebaliknya darah daging sendiri.“

Jangan cakap gadis manis itu tiada impian menggunung. Ujarnya, beliau teringin untuk bergelar pelakon sinetron.

“Saya boleh berbahasa Indonesia. Justeru, kalau nak cuba, mungkin berlakon sinetron. Setakat ini masih dalam perancangan dan segalanya dalam susunan. Semoga berjalan lancar, doakan ya,“ pintanya.

 

WASWAS?
Syada masih ada lagi cerita untuk dikongsi tentang Shila. Secara lahiriahnya, memang adik-beradik perempuan akan rapat di antara satu sama lain.

Pun begitu, tidak bagi Syada dan Shila. Kata tuan punya badan, tiada istilah gegirl talk atau pillow talk kalau dengan kakaknya.

syada

Baca lagi ‘Saya mahu jalan terus’. Digelar cepat koyak & sentap, Sissy Iman langsung tak kisah

 

“Realitinya, hubungan kami berdua lebih kepada bro-bro talk,“ katanya sambil tergelak.
Syada mengakui, beliau cukup rapat dengan abang keduanya yang bernama Syahir. Hal yang membabitkan emosi dan perasaan yang mendayu-dayu lebih dicurahkan kepada lelaki berkenaan.

“Beliau ibarat kembar saya dan menjadi tempat meluahkan segala-galanya. Pernah nangis sama-sama dan sebagainya. Umur kami pun dekat dan cara kami berfikir pun sama. Semua kawan abang ialah kawan saya dan itu membuatkan apa yang beliau cakap, saya boleh terima.

“Kebanyakan masa saya juga dihabiskan dengan abang dari umur belasan tahun hingga tamat sekolah. Hanya kami tinggal berdua di rumah kerana ibu dan ayah sibuk dengan urusan kakak,“ ujar Syada lagi.

Itu tidak bermakna Shila tak penting untuknya. Jika ada sesuatu yang membabitkan kakak tersayang, sedikit sebanyak naluri empati tuan punya badan terusik. Bak kata pepatah cubit paha kanan, paha kiri turut terasa.

Lebih-lebih lagi kontroversi yang melanda penyanyi lagu Patah Seribu itu usai bergelar ibu tunggal. Terkini, pastilah tentang pertunangan bersama pemuda yang jauh jarak umurnya.
Tentang perkara itu, apa pandangan beliau? Waswas dengan pilihan kakak?

syada amzah

 

“Tiada istilah waswas atau curiga dengan keputusan yang dibuat kakak. Sebaliknya, kami sekeluarga menyokong kerana kami tahu beliau sudah buat yang terbaik untuk kebahagiaan sendiri. Mungkin inilah sinar bahagia yang kakak cari selama ini.

“Ya, mungkin sedikit kekok memandangkan usia kami (Syada dan bakal abang ipar) sama. Pun begitu, kami harus membiasakan diri kelak,“ ujar Syada yang akan memanggil bakal abang ipar, Ubai dengan panggilan nama sahaja.

Menyambung naratif, Syada dengan sejujur-jujurnya mengakui, beliau lebih menghargai kehadiran Ubai berbanding ‘calon‘ lain sebelum ini.

Cara dan pendekatan influencer itu yang sudi menerima dan menjaga kakaknya membuatkan Syada meluahkan rasa syukur.

“Apabila kakak cakap beliau gembira dengan pilihan kali ini, maka sebagai adik, saya menerima dengan hati terbuka, asalkan itu yang terbaik buat dirinya,“ ujarnya.

Baca ni ‘Mesti ada sebab ALLAH susun sebegini’. Datin Lisa Surihani lerai pertanyaan tentang kehilangannya dalam dunia lakonan

HATI SUDAH DIMILIKI
Memandangkan si kakak sudah menemui Mr Right, penulis cuba merisik isi hati empunya diri sama ada sudah dimiliki atau tidak.

Ternyata, beliau bukanlah jenis yang menutup segala pintu privasi. Tulus Syada mengakui, sukmanya sudah ditambat oleh seseorang.

syada amzah

Sudah tentu, bakal imam selebriti itu cukup menepati ciri-ciri yang diimpikan selama ini.
Namun, klu kepada lelaki berkenaan tidaklah sewenang-wenangnya dihebahkan.

Cuma kongsi Syada, belahan hati beliau seorang yang berjiwa keluarga dan bukan datangnya daripada industri seni.

“Saya seorang yang mementingkan hubungan kekeluargaan. Itulah yang saya cari selama ini. Soal mendirikan rumah tangga, memang ikutkan sejak tahun lepas lagi, tapi tak tercapai, begitu juga dengan tahun ini. Mungkin tahun hadapan, doakan yang baik-baik ya.

“Angan-angan saya sampai ke bintang sejak dahulu lagi adalah untuk memiliki enam anak. Paling sedikit pun empat orang sebab saya suka keluarga besar,“ ungkapnya dengan wajah bercahaya.

Iklan

Tamat sisi peribadinya yang berjaya dicungkil keluar, penulis cuba mengumpan penerimaan tuan punya badan yang dimomokkan seorang yang lantang bersuara.

Tidak melenting saat diajukan provokasi manja itu, Syada terus menegaskan:

“Saya bukan jenis yang suka bersuara lantang. Kalau ikutkan saya jenis extrovert. Cuma selepas Covid-19, saya berubah. Kadangkala saya boleh jadi pendiam, ada masanya boleh bising.

“Cuma bab meluah rasa dalam media sosial itu bukanlah benda baharu. Saya ibaratkan ia sebagai platform terbaik untuk saya berbuat demikian.“

Baca  lagi Zara Zya mahu kaum Hawa kental dan ‘kena mahal’. Pelakon jelita ini juga sedia bertukar status

syada

Pada perspektif Syada, kalau beliau orang biasa, tiada siapa peduli. Namun, disebabkan memegang status selebriti, apa sahaja yang dikongsikan cepat tular.

“Public figure juga manusia biasa, ada perasaan dan memerlukan tempat untuk meluahkan. Lagipun, apa yang saya muat naik dalam media sosial tidaklah sampai membuka aib sesiapa.

“Pun demikian, saya ambil teguran dan terima kutukan, cuma jangan keterlaluan dalam berkata-kata sehingga sampai membabitkan keluarga saya,“ tegasnya.

PANDAI MASAK & ‘GILA’ MAKAN PEDAS
Kami tinggalkan topik perbualan itu dengan hati terbuka. Perbualan seterusnya lebih santai dan menyenangkan hati.

Mengenai stail dan gaya, selaku remaja berusia 25 tahun, Syada memberitahu, pakaian yang selesa dan simple menjadi pilihannya.

Seperkara yang mungkin ramai yang tidak perasan, anak kelahiran Kuala Lumpur itu kelihatan sedikit kurus.

Kepada penulis, beliau mendedahkan, insiden tersebut berlaku gara-gara jangkitan Covid-19.

“Kalau orang lain berat badan bertambah kerana asyik makan sahaja, saya pula sebaliknya. Kalau ikutkan saya dahulu gemuk dan jenis yang rendah pula. Berat saya waktu itu 57 kilogram. Memang nampak bulat.

Iklan

“Namun, disebabkan virus Covid-19, saya tiada nafsu nak makan, setiap kali nak makan rasa nak termuntah sehinggakan berat saya turun mendadak. Memang saya tak sangka dan terkejut. Semua risau dan ingatkan saya anorexia ketika itu. Kakak siap belikan vitamin,“ kongsinya.

syada

Baca ni Baca ni ‘Saya harap hubungan baik ini berterusan sehingga ke akhir hayat’. Memey mahu silaturahim dengan Abby terus mekar

Isu itu sudah berlalu dan kini berat badan Syada kembali normal iaitu mencecah 50kg. Tiada sebarang rejim diet dipraktikkan, hanya bersenam andai ada masa terluang.

Bagaimana pula dengan penjagaan suara? Jawabnya: “Semua orang termasuk guru vokal juga tahu saya suka makan pedas. Rahsia saya menjaga suara adalah dengan mengamalkan pemakanan pedas. Pelik, kan cara saya?“

Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya Syada memang handal memasak. Dengan nada berseloroh personaliti itu berkata, beliau lebih kerap ke dapur berbanding ibu tersayang.

syada

“Hanya hari-hari istimewa seperti raya dan sebagainya mak akan masak. Menu istimewa air tangannya ialah rendang. Kak Shila pun memang pandai masak rendang kerang,“ katanya yang banyak menimba ilmu masakan daripada ibunya.

Seperkara, Syada juga seorang pencinta kucing. Bukan empat atau lima ekor, beliau memelihara 55 ekor kucing!

“Awalnya hanya seekor dua sahaja, akhirnya membiak. Bila nampak sahaja kucing terbiar, mak akan bawa balik ke rumah. Lama-kelamaan makin banyak. Mujurlah ada anak angkat mak bernama Chacha yang rajin membantu dan menjaga si bulus,“ katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang