PELAKON Farid Kamil hari ini sah bercerai dengan isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle Danny Beeson di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bistari.
Farid yang tidak hadir di mahkamah ekoran masalah kesihatan akibat pasca Covid-19 melafazkan cerai talak satu terhadap Diana secara dalam talian (Google Meet) di hadapan Hakim Syarie Shukran Yusof.
Diana yang ditemui media sebelum prosiding kelihatan tenang. Ibu kepada dua cahaya mata itu menzahirkan sedia menerima apa sahaja keputusan.
Baca juga Farid Kamil tawar RM319,700 berdamai dengan Diana Danielle, termasuk Vellfire, barang kemas RM10,700
Baca juga Hakim nasihat lafaz talak, ini 5 sebab Farid Kamil tak mahu cerai Diana Danielle
Beliau hadir bersama peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.
Baru-baru ini, Diana memberitahu mahu pengakhiran yang baik dan akan mengekalkan hubungan baik dengan Farid sekiranya mereka berpisah demi anak-anak serta silaturahim.
Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan terbabit mula tercetus selepas Diana memfailkan cerai pada 10 Mac.
Farid dan Diana berkahwin pada 3 November 2012 di Flamingo By The Lake, Ampang.
11 tahun berumah tangga, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Baca juga: Hak penjagaan anak Diana Danielle dilanjutkan, 15 info wanita perlu tahu tentang hadanah interim
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!