Diana Danielle, Farid Kamil bakal jalani Sulh. 11 info wanita perlu tahu tentang Sulh, rupanya bukan untuk penceraian sahaja

APAKAH dimaksudkan dengan Sulh? Daripada kes rumah tangga selebriti yang berlegar di media massa, ramai di antara kita mempelajari pelbagai tentang prosedur atau terma-terma mahkamah syariah seperti shiqaq, penceraian hakam, hadanah, hadanah interim dan sebagainya.

Sebagai contoh dalam permohonan penceraian pelakon Diana Danielle, beliau dan Farid Kamil baru-baru ini memaklumkan kepada hakim syarie bahawa mereka mahu mengambil inisiatif untuk penyelesaian bagi kesemua isu.

“Nampaknya, ada harapan sebab pihak Farid Kamil juga sudah menyatakan kesediaan untuk berbincang dalam proses Sulh (penyelesaian pertikaian) yang ditetapkan pada 11 April ini,” kata peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana.

Baca juga: Diana Danielle fail permohonan cerai

Baca juga: Farid Kamil bawa bunga, cincin ke mahkamah, Diana Danielle dakwa anak trauma

Bagi anda yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Sulh, berikut adalah 10 info berkaitan anda boleh pelajari:

1-Sulh bermaksud perdamaian. Dari segi bahasa, Sulh bermaksud penamatan sesuatu pertikaian manakala dari segi istilah syarak pula ialah suatu aqad yang menghasilkan persetujuan dan menghilangkan persengketaan.

2-Daripada definisi ini dapat kita fahami Sulh merupakan penyelesaian suatu pertikaian antara dua pihak yang berterlingkah dalam sesuatu isu dengan mendapatkan persetujuan bersama antara pihak-pihak tersebut secara sukarela tanpa paksaan.

3-Majlis Sulh ialah majlis perbincangan atau perundingan secara damai antara dua pihak yang bertelagah.

4-Majlis Sulh diadakan di hadapan Pegawai Sulh Mahkamah Syariah dengan tujuan untuk mendapatkan persetujuan bersama dalam menyelesaikan isu yang dipertikaikan sebelum kes tersebut di bawa ke peringkat perbicaraan di dalam mahkamah.

5-Antara objektif Sulh ialah:
i) Membantu menyelesaikan pertikaian kedua-dua pihak melalui perundingan bersama secara damai tanpa perlu hadir ke prosiding perbicaraan di dalam Mahkamah.
ii) Membantu pihak-pihak menyelesaikan kes mereka dengan cepat dan teratur.
iii) Membantu Mahkamah mempercepatkan penyelesaian kes.
iv) Mengurangkan kadar kes-kes tertunggak di Mahkamah Syariah.

6-Seandainya perdamaian tercapai, ia akan dikeluarkan sebagai suatu perintah mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan biasa.

7-Tuntutan dan permohonan yang boleh dibuat melalui proses sulh.

8-Antara tuntutan atau permohonan yang boleh diselesaikan melalui Majlis Sulh adalah :
a)Ganti rugi Pertunangan
b)Mutaah
c)Harta sepencarian
d)Nafkah isteri
e)Nafkah kepada pihak tak upaya
f)Cagaran nafkah
g)Nafkah iddah
h)Mengubah perintah nafkah
i)Tunggakan nafkah
j)Nafkah anak
k)Mengubah perintah hak penjagaan anak
l)Mengubah perjanjian hak penjagaan anak
m)Hadanah
n)Ganti rugi perkahwinan
o)Hak tempat tinggal
p)Perintah supaya suami tinggal bersama semula
q)Isteri kembali taat
r)Mas kahwin

Baca juga: Hak penjagaan anak Diana Danielle dilanjutkan, 15 info wanita perlu tahu tentang hadanah interim

Baca juga: Penceraian hakam jalan terakhir suami enggan lafaz talak, 20 fakta wanita perlu tahu

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

9-Kes yang tidak perlu melalui proses Sulh adalah seperti berikut:-
i.Permohonan perceraian atau pengesahan nasab
ii.Kes ex-parte atau interim seperti hak penjagaan sementara
iii.Kes yang telah melalui proses pengantaraan di Jabatan Bantuan Guaman Malaysia

10-Proses Majlis Sulh perlu melalui beberapa peringkat prosedur seperti berikut:
a)Kes didaftarkan ke mahkamah.

b) Pendaftar menilai kes yang boleh Sulh akan diagihkan kepada pegawai Sulh.

c) Tarikh Majlis Sulh akan ditetapkan dalam tempoh 21 hari dari tarikh pendaftaran kes.

d) Notis kehadiran Majlis Sulh dikeluarkan.

e) Majlis Sulh diadakan pada tarikh yang ditetapkan dengan kehadiran kedua-dua pihak di hadapan Pegawai Sulh.

Iklan

11-Majlis Sulh akan dijalankan seperti ini:

i) Tajruf daripada Pegawai Sulh.
– Mulakan dengan bacaan al-Fatihah dan doa.
– Perkenalkan diri.
– Menerangkan matlamat dan peraturan Sulh.
– Kerahsiaan segala yang dibincangkan dalam Majlis Sulh tidak boleh didedahkan kepada mana-mana pihak.

ii) Pembentangan awal pihak yang bertikai.

– Pihak Plaintif untuk membentangkan apa yang dipertikaikan dan cadangan penyelesaiannya.

– Pihak Defendan untuk membentangkan apa yang dipertikaikan serta cadangan untuk menyelesaikan masalah ini.

iii) Perbincangan bersama untuk membincangkan cara penyelesaian.

iv) Jika tiada penyelesaian, Pegawai Sulh boleh membuat Pertemuan Sebelah Pihak (KAUKUS).

v) Perundingan bersama.

Baca juga: Hak penjagaan anak Diana Danielle dilanjutkan, 15 info wanita perlu tahu tentang hadanah interim

Iklan

Baca juga: Ibu paling berhak dapat hadanah, 15 info wanita wajib tahu tentang penjagaan anak lepas bercerai

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

12-Keputusan Majlis Sulh sama ada berjaya atau gagal, penyelesaian kepada pertelingkahan akan menjalani proses berikut:

Kes Sulh berjaya : Jika ada persetujuan bersama, Pegawai Sulh akan mendraf perjanjian penyelesaian dan pihak-pihak akan menandatangani perjanjian tersebut di hadapan Pegawai Sulh dan disampaikan kepada Hakim untuk diluluskan sebagai Perintah Mahkamah.

Kes Sulh gagal : Jika tiada persetujuan bersama, kes tersebut akan diserahkan kembali kepada Mahkamah untuk dibicarakan di hadapan Hakim.

13-Tempoh penyelesaian Kes Sulh adalah tidak lebih dua bulan. Ini bermakna dalam tempoh dua bulan, kes tersebut mesti diselesaikan di peringkat Majlis Sulh.

Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sembilan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.