Hak penjagaan anak Diana Danielle dilanjutkan, 15 info wanita perlu tahu tentang hadanah interim

SUSULAN daripada keengganan aktor Farid Kamil melafazkan talak selepas cerai atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan oleh pelakon Diana Danielle, hak penjagaan anak atau hadanah dua anak mereka yang berusia 10 dan lapan tahun dilanjutkan kepada Diana.

Peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Diana berkata, mahkamah melanjutkan perintah interim hadanah secara ex-parte (satu pihak) kepada Diana sehingga 30 Mei 2023.

Baca juga: Farid Kamil bawa bunga, cincin ke mahkamah, Diana Danielle dakwa anak trauma

Apakah sebenarnya interim hadanah? Berikut 10 info berkaitannya wanita perlu tahu:

1- Interim hadanah ia adalah permohonan hak penjagaan anak sementara. Permohonan ini dibuat selepas tuntutan hak penjagaan anak dibuat.

2-Ia bertujuan untuk mendapatkan hak penjagaan sementara kes induk hak penjagaan penuh masih dalam proses.

3-Kenapa perlu buat interim hadanah perlu dilakukan? Ada banyak sebab antaranya bimbang ada pihak cuba bawa lari anak, keselamatan anak tidak terjaga, akidah anak terjejas, kebajikan anak masih menyusu dan urusan anak ke sekolah.

4-Banyak sebab yang membenarkan interim hadanah. Ramai orang awam tidak tahu kewujudan perintah ini menyebabkan berlaku kesukaran anak ke sekolah dan pergaduhan perebutan anak yang akhirnya si kecil menjadi mangsa.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Baca juga: Ibu paling berhak dapat hadanah, 15 info wanita wajib tahu tentang penjagaan anak lepas bercerai

5-Seksyen 201. Perintah interim tentang hadhanah.

(1) Tertakluk kepada Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303], jika Mahkamah berpuas hati, atas permohonan mana-mana pihak untuk mendapatkan hadanah seseorang kanak-kanak dalam apa-apa kausa atau perkara, bahawa hal keadaan memerlukan dibuat suatu perintah interim tentang hadanah kanak-kanak itu, maka mahkamah boleh membuat perintah sedemikian yang hendaklah berkuat kuasa serta-merta dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga mahkamah membuat keputusan atas kausa atau perkara itu.

(2) Permohonan di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat sebelum tindakan dimulakan kecuali dalam hal yang mendesak dan demi kepentingan keadilan atau perlindungan pemohon atau kanak-kanak itu didapati bahawa campur tangan serta-merta Mahkamah perlu.

(3) Jika pemohon ialah plaintif dan kes itu satu kes yang mendesak, permohonan itu boleh dibuat secara ex-parte yang hendaklah disokong dengan afidavit dan afidavit itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan yang jelas dan ringkas lagi padat:

(a) tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan terhadap defendan dalam prosiding itu;

(b) tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan untuk mendapatkan perintah interim itu;

(c) tentang fakta-fakta yang menjadi sandaran bagi mewajarkan permohonan secara ex parte itu;

Iklan

(d) tentang apa-apa fakta yang diketahui oleh pemohon yang mungkin menyebabkan Mahkamah tidak memberikan perintah interim itu;

(e) tentang sama ada mana-mana permohonan secara ex parte terdahulu yang seumpamanya telah dibuat kepada mana-mana Hakim dan, jika demikian, perintah yang dibuat dalam permohonan terdahulu itu; dan

(f) tentang relief yang sebenarnya dipohon.

Baca juga: Diana Danielle fail permohonan cerai

diana danielle

Iklan

Sebelum sebutan kes pada 30 Mei, terdapat satu prosiding Sulh pada 11 April yang mana Diana dan Farid akan berbincang berhubung hadanah.

Pada 24 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini membenarkan permohonan Diana Danielle secara ex-parte melalui Pegiam Syarienya Puteri Ummi Kartini Abd Latiff dan memperoleh perintah interim hadhanah bagi dua anaknya itu.

Baca juga: Jodoh tak panjang, ini perkara penting buat pasangan bercerai ambil tahu

Sumber: esyariah.gov.my, Peguam Syarie (Nadhirah Hamzah), Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.