'Isteri ibarat bayang...' Healing berdua & mengalah apabila bergaduh, Izzue Islam dedah rahsia rumah tangga bahagia

Iklan
Untitled design (14)

RAMAI yang kagum dengan melihat kasih sayang dan pertalian cinta antara Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin.

Biarpun sering mendapat tohmahan dan pandangan serong oleh segelintir pihak terhadap mereka, namun pasangan sehati sejiwa itu tidak ambil kisah.

Iklan
Iklan

Manakan tidaknya, Awin sebelum ini pernah dikecam kononnya terlalu mengawal ketat dan tidak mahu berenggang dengan suaminya itu.

Menerusi perkongsian baru-baru ini, Izzue sendiri mengakui tidak kisah dikawal isteri memandangkan itu tanggungjawab Awin sebagai pengurus kerjaya seninya.

Iklan

Baca ni Bertugas di stesen radio popular HotFM, 'jodoh' Fizi Ali, Aisha Mazlin akui dirinya tetap sama, tiada yang berubah

Iklan

"Memang ada yang berkata kononnya Awin tak berenggang kerana takut saya 'disebat' orang. Sebenarnya saya yang selalu bawa Awin baik ke tempat shooting atau majlis tertentu.

"Saya tidak boleh kalau Awin tiada di sisi kerana sudah terbiasa dengan kehadirannya. Mula rasa gelabah kalau beliau tiada terutama sekali kalau di set shooting. Biasanya saya akan berlatih dan minta pandangan beliau," ujar Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan.

Menganggap isterinya seperti 'bayang-bayang' dirinya, Izzue mengakui ke mana sahaja bersama antara tip mengeratkan kasih sayang antara mereka.

 

"Hari-hari kami healing berdua. Dalam setahun ada 365 hari, kami tidak berenggang. Tidak timbul soal Awin nak pergi bercuti atau healing tinggalkan saya. Sebaliknya, setiap masa kami berdua.

"Ini cara untuk saya mahupun Awin tahu dan nampak apa kerja yang kami lakukan di luar. Jadi, tidak timbul soal nak bersangka buruk kepada pasangan. Awin ini jenis yang simple. Seorang isteri yang tidak suka fikir benda-benda remeh dan cukup matang orangnya," ujar pelakon, penyanyi dan pengacara itu lagi.

Baca lagi 'Arwah abah letak syarat kepada suami...'. tiada masalah tinggal serumah, Liza Hanim mahu praktik cara & didikan ibu bapa

MANDI BERSAMA TIP BAHAGIA

Pun demikian, Izzue tidak dinafikan ada masanya Awin terasa hati atau merajuk dengan dirinya.

"Biasalah perempuan, kan, tetapi hanya merajuk manja-manja. Kehidupan kami berdua cukup simple, malah beliau bukan jenis kena pujuk dengan diberikan barang mahal atau mewah. Malah, kami juga bukan jenis bergaduh yang mengambil masa berhari-hari.

"Kalau berlaku sedemikian pun, salah seorang akan mengalah. Biasanya akan pujuk dengan bawa makanan atau masak di dapur dan ajak makan. Awin merajuk kalau merajuk, sayalah pujuk. Namun, kalau saya yang merajuk, saya sendiri yang pujuk," seloroh Izzue.

Diminta berkongsi tip menyemarakkan kasih sayang berdua, kongsi Izzue, mandi bersama antara yang mereka praktikkan.

Baca lagi 'Saya bukan playboy, cuma tak cukup matang untuk jadi suami kepada dua isteri'. Iman Zulkarnain mahu lebih berhati-hati

"Bunyi macam kelakar, kan tetapi mandi bersama pasangan itulah tip rumah tangga bahagia. Selain itu, kena juga selalu bergurau dengan pasangan. Soal sondol-menyondol pada saya tidak timbul kalau kedua belah pihak tidak memberi respond.

"Jadi, jangan meletakkan kesalahan kepada kaum wanita semata-mata. Kalau suami atau lelaki di luar sana tidak melayan, maka tidak akan berlaku situasi tersebut. Paling penting, jaga diri dan setia dengan pasangan," tegas Izzue yang kini bergelar hos program I Can See Your Voice Malaysia musim kelima.

MASIH MENANTI CAHAYA MATA

Berbeza usia lapan tahun dan sehingga kini masih belum direzekikan untuk menimang cahaya mata, pasangan tersebut reda dan percaya dengan ketentuan Ilahi.

"Soal cahaya mata kami serahkan rezeki tersebut kepada ALLAH. Setakat ini, kami enjoy dengan kehidupan ini.Lagipun ada anak-anak buah saya dan Awin yang menjadi tempat kami memberikan kasih sayang," ungkap Izzue ringkas.

Memasuki usia 33 tahun, Izzue mengakui cukup menitikberatkan soal penjagaan wajah dan penampilan diri.

Baca lagi 'Bunga abah, saya suka panggilan tu.' Kongsi gambar baby, rupanya ramai tak tahu Syafiq Farhain kini bergelar ayah

"Apabila wajah lebih cantik, anjal dan bersih secara tidak langsung akan memberikan keyakinan diri. Waktu awal-awal memasuki bidang seni, parut jerawat penuh di wajah dan sebagainya. Malah, waktu itu cuci muka pun ikut suka hati.

"Selepas kahwin, Awin pun rajin jaga kulit wajah dan daripada situ saya terikut-ikut. Pada saya, penampilan bukan secara luaran tetapi kena juga dalaman," ujar Izzue yang banyak minum air kosong dan amalkan pemakanan sihat.

Sumber gambar: Instagram izzueislam

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang