JARANG penyanyi Syafiq Farhain berkongsi kisah peribadinya baik di media sosial mahupun di media cetak.

Justeru, pasti ramai yang tidak mengetahui anak kepada penyanyi terkenal, Allahyarham Saleem Iklim itu sudah pun mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Alia Nadia, 29. Malah, pasangan tersebut baharu sahaja bergelar ibu dan ayah.

Berita gembira tersebut dimuat naik sendiri penyanyi kelahiran Terengganu itu menerusi laman Instagram miliknya.

Baca ni Remy Ishak kini bapa, selamat timang anak sulung

syafiq

Dengan kapsyen tertulis ‘Bunga Abah’, beliau memuat naik sekeping gambar bersama bayi perempuannya yang diberi nama Nur Eshal Zahra.

Menurut Sayfiq, isterinya selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka pada pukul 10.49 pagi secara normal pada 6 Jun lalu di sebuah pusat perubatan di Kuala Terengganu, Terengganu.

Kesempatan itu membuatkan SinarPlus menghubungi beliau untuk berkongsi lebih lanjut berkenaan berita gembira tersebut.

“Sangat gembira, tak sangka pun ada kerana kini sudah bergelar seorang ayah. Waktu melawat baby pertama kali, berlaku insiden lucu. Sepatutnya, saya kena dukung dan azan bayi terlebih dahulu.

“Namun berlaku sebaliknya, saya jadi kaku dan hanya tergelak sambil pandang wajah anak. Dalam hati terdetik, adakah itu anak saya kerana tak sangka sudah menjadi seorang ayah, sehinggakan jururawat yang berada di situ turut tergelak sama,” kongsi Syafiq saat ditanya perasaannya selepas bergelar ayah.

Baca lagi Tahniah! Syafiq Yusof timang anak ketiga, umum nama baby boy pertama

syafiq

Ditanya kenapa beliau jarang memuat naik kisah peribadinya termasuklah kisah perkahwinan sehinggakan selepas menimang cahaya mata baharu beliau berbuat demikian? Ini jawapan tuan punya badan.

“Ini semua adalah permintaan isteri saya yang tak mahu terlalu terdedah atau berkongsi kisah rumah tangga kami menerusi laman media sosial. Sebaiknya, biarlah medan ini menjadi tempat untuk saya fokus kepada kerjaya dan aktiviti yang saya lakukan seharian.

“Pun begitulah tidaklah kata tidak perlu berkongsi, kalau sikit-sikit tiada masalah. Banyak-banyak sangat (kisah peribadi) nanti orang naik muak dan bosan,” seloroh pemilik nama sebenar Nursyafiq Farhain AM Salim itu.

 

ESHAL BUNGA SYURGA

Baca lagi‘Sentiasa doakan dan jadi tulang belakang awak.’ Titipan doa isteri Syafiq Yusof bikin sebak!

Mengulas lanjut mengenai kelahiran bayi sulungnya, walaupun isteri tersayang bersalin seminggu lewat dari tarikh jangkaan, kongsi Syafiq ada kisah lucu di sebalik itu.

“Sepatutnya isteri bersalin 29 Mei lalu. Namun masih tiada sebarang tanda (kelahiran). Jadi, sehari sebelum kelahiran, beliau mengikut saya menjalani penggambaran muzik video lagu terbaharu. Kononnya nak memudahkan baby cepat keluar, jadi kena lasak sedikit.

“Memang betul apa yang isteri katakan. Malam itu juga isteri mula rasa ada kontraksi dan tak senang duduk. Pagi esoknya kami terus ke hospital. Alhamduillah, semuanya berjalan lancar dan isteri bersalin tanpa sebarang masalah dan tak perlu duduk lama di wad,” dedah Syafiq lagi.

Iklan

Syafiq

Ditanya kenapa meletakkan kapsyen ‘Bunga Abah’ pada Instagram miliknya, ini penjelasan empunya badan.

“Maksud Eshal adalah bunga syurga. Malah, mak cik-mak ciknya juga suka memanggil anak saya Bunga. Jadi saya letak Bunga Abah. Saya suka panggilan itu. Sesuai kerana saya mahu anak memanggil saya dengan panggilan tersebut. Sepertimana saya memanggil arwah ayah saya dengan panggilan abah.

“Lagipun saya sudah lama tidak memuat naik hantaran di media sosial. Itu juga salah satu cara untuk saya kongsikan kepada mereka yang tidak tahu status sebenar saya,” ungkapnya yang mengakui jika ada berita yang menarik dan sesuai untuk dikongsikan dengan orang ramai, beliau tidak kisah untuk berbuat demikian.

Baca ni Si comel berlesung pipit pelengkap cinta Fizo & isteri, Wan Umaira ‘kembar tahun’ Wan Khaleeda

Sayfiq

Iklan

Selebriti yang kini masih lagi berkhidmat sebagai anggota bomba dan penyelamat mengakui kerjaya tersebut tetap menjadi pilihannya. Demikian juga dengan aktiviti seni tetap diteruskan selagi tidak mengganggu urusan kerjanya.

“Bidang nyanyian masih berjalan seperti biasa. Hujung minggu atau jika ada sebarang undangan, saya akan terima. Malah, saya juga bakal muncul dengan lagu terbaharu tidak lama lagi.

“Saya masih kekalkan konsep balada dan istimewanya, lagu tersebut ditulis oleh saya sendiri bersama Ijai Aziz serta turut mendapat sentuhan Apak,” kongsi Syafiq sebelum menutup perbualan bersama penulis.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang