ACAP kali kita disajikan dengan kisah ‘perang’ antara mertua dan menantu, lebih-lebih lagi yang duduk serumah.

Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mata kedua-dua belah pihak.

Itu belum bab ibu bapa suka masuk campur urusan anak dan menantu. Akhirnya, perselisihan faham yang kecil mengundang bahana dalam rumah tangga sehingga membawa kepada penceraian.

Penyanyi Liza Hanim ketika ditemui baru-baru ini berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai isu tersebut.

Baca ni “Jagalah kehormatan kita sebagai wanita” – Liza Hanim

liza hanim

“Ada yang berpandangan menantu perempuan tidak boleh tinggal serumah dengan mertua. Bagi saya, itu semua terpulang kepada bagaimana pasangan suami isteri itu menguruskan rumah tangga mereka.

“Alhamdulillah, saya bertuah kerana waktu suami nak masuk meminang, arwah ayah waktu itu meletakkan syarat supaya kami duduk di rumah sekarang. Pun begitu, mereka (mak ayah) tidak pernah sekali pun campur tangan dalam urusan rumah tangga kami,” kongsi isteri kesayangan Shahrin Samsudin yang juga anggota kumpulan Indigo ketika ditemu bual sebaik program The Enchanted Night NONA X Mirage by Pak Abu di Kuala Lumpur berakhir baru-baru ini.

 

Dalam majlis tersebut, Liza menghiburkan tetamu dengan dua buah lagu.

Baca lagi ‘Tahniah Kak Ngah.’ Anak kedua Liza Hanim raih Anugerah Pengetua MRSM

Liza hanim
MAHU KEJAR PAHALA

Jelas beliau, pilihan untuk tinggal bersama ibu bapanya selepas berkahwin dibuat atas dasar mahu menjaga mereka yang sudah berusia.

“Saya juga nak kejar pahala, sebab itu memilih untuk duduk dengan mak ayah dan menjaga mereka. Begitu juga dengan adik-beradik saya yang lain turut mahu berbuat demikian.

“Pada saya, terpulang kepada cara masing-masing. Cuma, apabila saya menjadi mertua suatu hari nanti, saya harap tak akan masuk campur urusan anak menantu. Doakan ya,” seloroh pelakon filem Laila Isabella itu lagi.

PRATIK CARA & DIDIKAN IBU BAPA

Malah pelantun lagu Gelisah Mimpi itu tidak menolak kemungkinan akan mempraktikan cara dan didikan yang sama seperti dilakukan oleh ibu bapanya sebelum ini.

Baca lagi ‘Cantiknya bilik hero ibu.’ Siti Nurhaliza room tour bilik anak lelaki bikin ramai teruja. Kemas & moden!

liza hanim

“Memandangkan saya juga punya anak yang sudah besar dan ada yang berumur 20 tahun, sampai masa pasti saya akan keseorangan, tiada anak yang menjaga saya. Jadi, saya akan gunakan cara sama sepertimana ayah dan ibu lakukan.

“Walaupun anak-anak duduk di rumah sekali, namun hal rumah tangga mereka tak perlu nak masuk campur. Sebagai orang tua, kita hanya boleh perhati dan memberi nasihat. itu sahaja syaratnya,” ulas ibu kepada lima cahaya mata itu lagi.

Iklan

ISU PERBANDINGAN

Dalam isu yang berbeza, pemilik nama sebenar Haliza Hanim Abdul Halim turut ditanya mengenai isu netizen yang suka membanding-bandingkan artis sehingga mengundang suasana kurang sihat dalam kalangan penggiat seni suara.

liza

Baca lagi ‘Saya bukan playboy, cuma tak cukup matang untuk jadi suami kepada dua isteri’. Iman Zulkarnain mahu lebih berhati-hati

“Pada saya, isu sebegini bukanlah benda baharu dan sudah wujud sejak dahulu lagi. Ia boleh terjadi di mana-mana dan berlaku pada sesiapa sahaja. Ada yang suka dan ada juga yang tidak suka. Bezanya zaman sekarang semuanya mudah, hanya di tangan atau di hujung jari sahaja dan menyorok di belakang telefon.

“Justeru, terpulang penerimaan masing-masing. Sejujurnya saya tidak suka kerana ia ibarat seperti satu medan peperangan,” ungkap Liza yang elak membaca komen yang berunsur negatif kerana baginya itu sesuatu yang menakutkan.

Ibarat nila setitik rosak susu sebelanga. Demikian juga dalam situasi tersebut apabila orang yang tidak berkaitan menjadi mangsa.

Iklan

Justeru kata pelakon Laila Isabella itu, situasi sedemikian patut dielakkan kerana ia sesuatu yang tidak sihat untuk industri seni.

Pada masa sama, ia juga boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Sumber gambar: Instagram lizahanim79

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang