Khairul Aming bujang tapi belum bersedia, tak kisah bakal isteri tak pandai masak
SIAPA tak kenal pempengaruh terkenal, Khairul Aming yang selalu tampil dengan pelbagai video masakan.
Popular dengan resipi pada bulan Ramadan, influencer yang terkenal dengan tagline ‘hai, whats up guys’ itu bakal memasuki usia 31 tahun pada September ini.
Bicara perihal calon isteri, pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman itu menyatakan dirinya bujang tapi belum bersedia.
Ujarnya, buat masa ini dirinya belum bersedia untuk mencari pasangan kerana masih penat untuk menyeimbangkan tentang dunia content creator dan perniagaan.
Tegasnya, dia baru tiga tahun berniaga, ada dua tiga kilang untuk dijaga dan buat masa sekarang, hanya lebih fokus kepada kerjaya terlebih dahulu.
Katanya lagi, apabila sudah tiba masanya, dia akan umumkan tarikh untuk makan nasi minyak (kahwin).
"Status saya sekarang masih single tapi belum available. Saya pasti umumkan berita gembira (perkahwinan) kepada orang ramai kerana kalau tak umum boleh jatuh fitnah," jelasnya.
Sementara itu, influencer kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menyatakan dia tidak pernah meletakkan syarat mencari calon isteri yang pandai memasak seperti dirinya.
Dia yang juga seorang usahawan berkata, dirinya bersifat terbuka untuk menggalaskan tanggungjawab di dapur memandangkan sudah mempunyai kemahiran memasak sejak kecil lagi.
Baca juga Senang jadi rujukan ibu masak juadah berbuka, Khairul Aming tampil 30 Hari 30 Resipi
"Jadi, untunglah dia (bakal isteri) tak perlu memasak... biar saya yang ke dapur. Sejak kecil saya memang suka masak. Tiada masalah.
"Sampai kadang-kadang dekat rumah, mak saya tak masak... saya yang masak! Saya tidaklah sampai nak interview pasangan tanya pandai masak atau tidak. Benda boleh belajar,”ujarnya.
Tambahnya, ia tidak menjadi satu kesalahan sekiranya bakal isterinya tidak pandai memasak kerana perkara itu boleh dipelajari seperti mana orang ramai belajar menerusi video perkongsian resepinya di media sosial.
Dalam pada itu, Khairul Aming menitipkan pesanan buat semua content creator di luar sana untuk meletakkan batasan terutama bercerita mengenai kehidupan peribadi secara umum, selain menegaskan dirinya mahu menjaga privasi keluarga.
Baca juga ‘Terbaik punya majikan’, Khairul Aming beri bonus & belanja staf baju raya buat ramai kagum
Sumber: mStar
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!