BUAT julung kalinya, TikTok, destinasi terkemuka bagi video mudah alih berformat pendek, bakal menganjurkan majlis Anugerah TikTok pada 27 Ogos 2023 bertempat di Pussat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur.

Peminat juga bakal menyaksikan gandingan hos hebat tanah air, Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson dalam mengendalikan majlis berkenaan.

Sementara Ceddy dan Sissy Imann dipilih untuk hos ‘Red Carpet’. Bagi detik belakang pentas pula bakal diserikan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis.

Baca ni ‘Awak tak akan suka apabila jadi terkenal’. Itu kata arwah Azmil Mustapha kepada Alya Iman

TikTok

Program yang bakal mencetuskan fenomena itu menghimpunkan yang terbaik dalam arena penciptaan konten, sekali gus meraikan dan memberi penghargaan kepada pencipta tempatan berbakat yang berani mencabar batasan kreatif, menjadi sumber inspirasi kepada komuniti, dan mencorak industri penciptaan kandungan.

Sekadar makluman, TikTok menjadi platform yang memupuk ekspresi kreatif, tulen dan positif.

Bukan itu sahaja, media sosial itu telah mencorak sebuah komuniti yang utuh dan inklusif melalui sejenis bahasa yang dikongsi bersama, iaitu video.

Berlatarkan pelbagai topik daripada pendidikan, makanan hingga ke kecantikan, komuniti pencipta di TikTok berjaya melahirkan segmen dan pengikut mereka sendiri.

Hari ini, ramai dalam kalangan mereka yang dikenali sebagai selebriti dalam talian dan akan terus meninggalkan jejak mereka di For You Page (FYP).

Baca lagi  ‘Saya bukan playboy, cuma tak cukup matang untuk jadi suami kepada dua isteri’. Iman Zulkarnain mahu lebih berhati-hati

POTENSI MEMBATASI SEMPADAN

Ketua Pemasaran dan Operasi, TikTok Malaysia, Yin Yin Hooi menerusi ucapannya berkata, pihaknya teruja untuk membawakan Anugerah TikTok kepada warga Malaysia.

Anugerah Tiktok

“Temasya yang berprestij ini akan meraikan pencapaian dan usaha luar biasa yang dipamerkan oleh warga pencipta kita yang merupakan tulang belakang platform ini.

“Tema Yang Gah di Skrin Kecil mendemonstrasikan potensi membatasi sempadan untuk warga pencipta kita menggandakan dan mempersembahkan kejayaan mereka di atas pentas besar, seperti yang bakal kita saksikan pada 27 Ogos ini!,” ujarnya.

Anugerah tersebut terbahagi kepada Pilihan Juri (Judge’s Pick) dan Pilihan Popular (People’s Choice). Bagi Pilihan Juri, para calon dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan keputusan akan dibuat oleh sebuah panel.

Enam pencalonan akhir bagi tujuh kategori Pilihan Juri merupakan Kecantikan & Fesyen, Pendidikan, Hiburan, Sukan, Permainan, dan Makanan.

 

Sementara untuk Pilihan Popular pula, TikTok akan membuka undian untuk orang awam dan para peminat boleh menunjukkan sokongan mereka dengan mengundi pencipta kegemaran mereka.

Undian umum bagi tujuh kategori (Creator of the Year, Rising Star of the Year, Popular Creator of the Year, Popular Animation Account of the Year, Celebrity of the Year, Live Creator of the Year and TikTok Shop Creator of the Year) bermula dari 15 Ogos, 10 malam hingga 26 Ogos 2023, 11:59 malam.

Iklan

Undian boleh dibuat melalui https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/.

Tidak lengkaplah sebuah majlis anugerah tanpa deretan fesyen yang bakal menyerikan lagi acara ini.

Baca lagi Bertugas di stesen radio popular HotFM, ‘jodoh’ Fizi Ali, Aisha Mazlin akui dirinya tetap sama, tiada yang berubah

Tiktok

Justeru, TikTok turut mengadakan Anugerah Busana Terbaik (Best Dressed Awards) kepada peserta yang mendapat markah tertinggi dari sudut gaya dan originaliti.

Anugerah berkenaan bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran TV3 dan akaun TikTok Malaysia di TikTok.

Selain itu, para selebriti tidak ketinggalan bakal memeriahkan majlis tersebut.

Iklan

Baca lagi ‘Sebelum kaya duit, beliau kaya jiwa.’ Guna bahasa Melayu sepenuhnya ketika berucap, sikap Khairul Aming raih pujian ramai

TikTok

Antaranya Datuk Yusof Haslam, Bell Ngasri, Amber Chia, Farah Ann Abdul Hadi dan ramai lagi yang akan menyampaikan anugerah di atas pentas.

Para penonton juga bakal disajikan dengan persembahan daripada Datuk Sri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, Alyph dan ramai lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang