Bangganya! Pandelela dikurnia Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas)

Iklan
Bangganya! Pandelela dikurnia Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan (Emas) (1)

ATLET terjun negara, Datuk Pandelela Rinong anak Pamg ikon sukan yang tidak asing lagi.

Sepanjang pembabitannya, pelbagai kejayaan diraih gadis Bidayuh ini sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Iklan
Iklan

Beliau malah mencatat pencapaian membanggakan apabila menjadi atlet wanita pertama memenangi pingat dalam acara terjunan 10 meter platform wanita di Olimpik London.

Iklan

Empat tahun selepas itu, dia membentuk gandingan mantap bersama Cheong Jun Hoong untuk memenangi perak dalam acara 10m platform seirama di Olimpik Rio 2016.

Dalam perkembangan terkini, anak jati Bau, Sarawak itu menerima kurniaan pingat kebesaran daripada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Iklan

Baca juga:Memori terindah, Pandelela akui janggal bergelar datuk

Perkara itu dikongsikan Pandelela menerusi laman sosial Instagram.

Penganugerahan pingat tersebut adalah merupakan pengiktirafan dan penghargaan kerajaan Sarawak kepada mereka yang telah memberikan khidmat bakti dan sumbangan tidak ternilai terhadap pembangunan negeri ini sejak era kemerdekaan sehingga ke hari ini.

Baca juga: Miliki 2 pingat Olimpik, 7 dari kejohanan dunia, 16 fakta Pandelela yang mengagumkan

Terdahulu, penerjun berusia 31 tahun itu pernah menjadi Ikon Belia Sukan Negeri Sarawak pada 2016 dan Ikon Sukan Yakult 2017.

Wanita inspirasi ini telah melangkah Sukan Olimpik sejak usia 15 tahun. Sejak dari itu, Pandelela tidak menoleh ke belakang lagi.

Hasil daripada kerja keras, beliau meraih puluhan pingat dari kejohanan di seantero dunia dan telah dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2021.

Pusat Akuatik Sarawak di Petra Jaya, Sarawak secara rasminya dinamakan Pusat Akuatik Pandelela Rinong bagi menghargai pencapaiannya pada Sukan Olimpik Rio 2016.

Beliau turut diangerahkan Ahli Mangku Negara (AMN) dan Johan Bintang Kenyalang (JBK) pada tahun 2016.

Pandelela Rinong Pamg juga menerima darjah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Datuk daripada Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada tahun 2021.

Baca juga: Pendedahan Pandelela isu gangguan seksual jurulatih raih perhatian menteri, Akta Sukan Selamat bakal digubal

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!