PENDEDAHAN dilakukan oleh atlet terjun negara, Datuk Pandelela Rinong mengenai isu gangguan seksual dialaminya serta rakan-rakan atlet yang lain telah mendapat perhatian ramai.

Pemenang pingat perak dan gangsa Sukan Olimpik itu mendedahkan gangguan seksual yang membabitkan bekas jurulatihnya yang dikatakan sering membuat lawak lucah terhadap rakan atlet.

“Dulu saya ada seorang coach (jurulatih) yang suka buat lawak lucah. Saya buat diam je tak pun fake laugh (buat-buat ketawa) sebab takut dia.

“Pernah sekali tak tahan saya tegur dia tapi kena buli balik. Tujuh tahun kemudian dia buat kes rogol.

“Tapi paling sedih dalam tujuh tahun itu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa sebab back up besar dia adalah head coach (ketua jurulatih) kami sendiri.

“Moral dari cerita ini adalah kita perlukan pemimpin yang baik, yang boleh menilai mana yang baik dan buruk.

“Bukannya menutup mata kesalahan yang dilakukan dan kepada mereka yang terbabit dalam kes seperti ini, tampil untuk bersuara. Biarpun suara kecil tetap penting sekiranya kita bersatu.

“Kami sangat bertuah kerana kami dilindungi dengan selamat oleh persatuan yang mengambil berat tentang kami. Happy ending,” tulis Pandelela di Twitter rasminya.

Warga maya rata-rata bersetuju tindakan Pandelela.

“Bersuaralah sampai bila mahu berdiam diri dan takut dengan mereka yang menganiaya kita. Pekara ini tidak boleh lagi dipandang remeh. Ia kan menjadi satu budaya yang tidak sihat dan melampau. Kami bersama di belakang anda membanteras ganguan seksual dan lawak lucah terhadap wanita.”

“Teruskan bersuara, kami di belakang anda”

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan beliau tidak mempertikaikan atau mempersoalkan aduan ratu terjun negara itu.

Iklan

Sebaliknya, Ahli Parlimen Tambun itu menjelaskan, beliau mahu mendapatkan lebih banyak maklumat lanjut untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

“Pihak KBSMalaysia sangat mengambil berat akan isu gangguan seksual dikalangan para atlet dan KBS sangat komited dalam pelbagai usaha untuk memastikan kesejahteraan anak-anak, belia dan atlet kita dilindungi dengan sewajarnya.

“Di KBS, kami menyedari akan keperluan dan pentingnya Kesedaran, Pendidikan dan Sistem Laporan yang berkesan bagi kakitangan profesional yang terlatih dengan KBS dan agensi lain untuk menangani kes seperti ini.

“Justeru, kami telah pun memulakan langkah langkah awal bagi menggubal dan mengangkat Akta Sukan Selamat di bawah jawatankuasa bebas khas agar ia mampu diangkat dengan pantas dan sewajarnya, kita berharap agar Keluarga Malaysia dapat bersama segera menangani isu-isu ini.

“Dari sudut Pendidikan pula, KBS sedang giat memperhalusi untuk mewujudkan sebuah program dan kempen baharu khusus berkenaan Latihan Kesedaran Jantina, Pendidikan Sentuhan Selamat dan Pertuturan secara hormat (Safe Speak) untuk membantu segenap lapisan dari akar umbi sukan memahami had mereka agar kesemua pihak mampu menzahirkan rasa tanggungjawab dan hormat diantara satu sama lain ketika berada dilapangan sukan.

Iklan

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pandelela, Cindy Ong dan bekas-bekas atlet lain yang telah tampil dengan berani untuk mengetengahkan isu yang sedang kami hadapi ini.

“Diharapkan lebih ramai lagi atlet berani untuk ke hadapan dan bersama-sama kami di KBS, membanteras gejala terkutuk ini demi masa depan sukan negara yang lebih cemerlang” katanya.

Baca juga: ‘Memori Terindah’, Pandelela Akui Janggal Bergelar Datuk

Baca juga: Miliki 2 Pingat Olimpik, 7 Dari Kejohanan Dunia, 16 Fakta Pandelela Yang Mengagumkan

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Twitter @Pandelea_R, Facebook Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu