PENERJUN negara, Pandelela Rinong bukanlah nama asing dalam sukan akuatik dunia.

Atlet terjun negara itu berada di kedudukan ke-12 bagi acara platform 10 meter akhir wanita yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo semalam adalah atlet wanita Malaysia pertama merangkul pingat Olimpik.

Beliau yang memperolehi pingat Olimpik sulungnya di Sukan Olimpik London 2012 bagi acara terjunan 10 meter platform wanita cukup membanggakan kita semua.

Disebalik aksinya di platform dan kolam renang, berikut  adalah 10 fakta mengenai Pandelela:

Baca juga Gambar Lama Dhabitah Tular, Badan Dilipat Masa Berlatih, Warga Maya Luah Rasa Kagum

1. Pandelela yang berketurunan Bidayuh dilahirkan pada 2 Mac 1993 di Kupuo Jugan, Bau, Sarawak.

2. Pandelela merupakan anak kedua kepada pasangan Hartini Lamin dan Pamg Joheng. Beliau mempunyai seorang abang dan dua adik perempuan.

3. Abangnya, Pardika Indoma turut menyertai acara terjun dan pernah mewakili Malaysia di Kejohanan Remaja Dunia 2010 di Amerika Syarikat.

4. Beliau mempunyai ketinggian 5 kaki 3 inci dan mempunyai berat badan 52kg.

Pandelela disamping kedua ibu bapanya.

5. Pada usia tujuh tahun beliau telah dipilih menjadi perenang negeri dan menyambung latihannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur.

6. Pendelela memiliki ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan dari Universiti Malaya dan telah menamatkan pengajian pada tahun 2018.

7. Pandelela yang juga meminati muzik K-pop dan anime Jepun turut memiliki 353,000 pengikut di Instagram.

8. Pusat Akuatik Sarawak di Petra Jaya, Sarawak secara rasminya dinamakan Pusat Akuatik Pandelela Rinong bagi menghargai pencapaiannya pada Sukan Olimpik Rio 2016.

9. Pandelela turut diangerahkan Ahli Mangku Negara (AMN) dan Johan Bintang Kenyalang (JBK) pada tahun 2016.

10. Boleh berbahasa Mandarin, Pandelela juga dikenali dengan nama Lela yang diberikan oleh jurulatihnya.

Portfolio Pandelela dalam acara terjun sangat kemas. Ikon terjun negara ini telah merangkul puluhan pingat sejak kemunculannya pertama di pentas sukan antarabangsa pada tahun 2007 ketika berusia 14 tahun.

Aksi cemerlangnya tidak dinafikan lagi apabila memenangi dua pingat dari Olimpik dan tujuh dari kejohanan dunia.

Berikut ialah perjalanan Pandelela dalam acara terjun di peringkat antarabangsa:

1. Pandelela membuat kemunculan persaingan antarabangsa pertama beliau pada tahun 2007 di Kejohanan Remaja Akuatik Asia di mana beliau memenangi empat pingat emas.

2. Beliau sekali lagi memenangi pingat emas dalam platform seirama 10 meter dengan Cheong Jun Hoong di Sukan Asia Tenggara 2007 di Thailand.

3. Pandelela membuat penampilan Olimpik pertamanya di Sukan Olimpik Beijing 2008 pada usia 15 tahun dan menyertai acara terjunan 10 meter.

4. Semasa Kejohanan Akuatik Dunia 2009 beliau memenangi pingat gangsa dalam acara terjunan 10 meter bersama dengan Leong Mun Yee.

5. Pandelela yang juga membawa bender Kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Belia 2010 di Singapura turut memenangi pingat perak dalam acara terjunan 10 meter dan terjunan 3 meter dalam temasya sukan itu.

Baca juga 8 Fakta Menarik Farah Ann Yang Ramai Tidak Tahu, Gimnas Kebanggaan Negara

6. Pada 2010 di New Delhi, India, beliau memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Komanwel 2010 dalam sukan akuatik acara terjunan 10 meter.

7. Di temasya Olimpik London 2012, beliau menjadi atlet wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik. Pandela merangkul gangsa iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform wanita, Beliau dan Datuk Lee Chong Wei muncul penyumbang pingat negara dalam acara sukan berprestij dunia itu.

8. Pada Kejohanan Akuatik Dunia 2013 di Barcelona, Pandelela bergandingan dengan Leong Mun Yee merangkul pingat gangsa dalam platform seirama 10 meter.

9. Di Sukan Asia Tenggara 2013 di Naypyidaw, Myanmar, beliau mengekalkan pingat emasnya dalam acara platform 10 meter.

Iklan

10. Bergelut dengan kecederaan lutut pada Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Pandelela tetap membawa pulang pingat gangsa dalam platform seirama 10 meter bersama Nur Dhabitah Sabri dan pingat perak dalam acara 10 meter platform.

Kredit foto. Malaysia Tatler (my.asiatatler.com)

11. Pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea, beliau memenangi pingat gangsa dalam platform 10 meter bersama Leong Mun Yee.

12. Pada Julai 2015, Pandelela melakar sejarah apabila beliau menjadi rakyat Malaysia pertama yang menaiki podium bagi acara individu di Kejohanan Akuatik Dunia apabila meraih pingat gangsa dalam platform 10 meter individu di Kazan, Rusia dan seterusnya melayakkan beliau ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 di Brazil.

13. Kejayaan terus dilakarkan apabila Pandelela memenangi pingat perak dalam platform seirama 10 meter dengan Cheong Jun Hoong di Sukan Olimpik Rio 2016. Ia menjadikan mereka pasukan wanita Malaysia pertama yang memenangi pingat perak di Olimpik.

14. Pada Kejohanan Akuatik Dunia 2017 di Budapest, beliau merangkul pingat gangsa dalam 10 meter seirama bersama rakan sepasukan, Cheong Jun Hoong.

15. Pada Sukan Asia Tenggara 2017 di Kuala Lumpur, Pandelela memenangi pingat emas dalam acara berpasukan yang baru diperkenalkan dan mengekalkan pingat emasnya dalam acara platform 10 meter.

Iklan

16. Pandelela memenangi pingat emas dalam 10 meter platform individu di Piala Dunia Terjun FINA 2021 di Tokyo, Jepun.

Baca juga Skuad Badminton ‘Berbisa,’ Penyumbang Pingat Paling Banyak Sukan Olimpik Buat Negara

Pandelela yang kini di bawah seliaan jurulatih Li Rui dari China dan Christian Brooker dari Australia tidak patah semangat susulan aksinya yang kurang memberangsangkan semalam. Sebaliknya ratu terjun negara itu bercadang untuk memperbaiki dirinya, bagi menghadapi kejohanan akan datang.

Memetik laporan Astro Arena, Pandelela akan berusaha memperbaiki prestasi pada kejohanan akan datang, sekali gus dapat melayakkan diri bersaing pada temasya sukan berprestij itu di Paris.

“Ya, saya akan bertanding pada Olimpik akan datang. Saya tidak akan berputus asa kerana ini bukan Olimpik terakhir saya. Saya nak berusaha lagi untuk layak bertanding di Paris,” katanya.

Sumber: Wikipedia, Astro Arena, Olympics.com