Botol boleh dikitar semula, produk Hada Labo Hydrating Lotion bukan sekadar beri keserian pada kulit
HADA Labo kini mempraktikkan konsep Perfect X Simple dengan memperkenalkan
pembungkusan mesra alam untuk produk Hydrating Lotion.
Jenama kecantikan dari Jepun itu berkata, pihaknya mahu memupuk pemahaman bahawa pilihan mereka tidak hanya meningkatkan kesihatan dan keserian kulit, tetapi secara aktif mewujudkan kehijauan serta masa depan yang lebih mampan.
"Pembungkusan botol 170 milliliter yang baru diperkenalkan mempunyai komposisi yang terdiri daripada 10 peratus bahan polietilena (PE) berasaskan tumbuhan dan 90 peratus polipropilena (PP) (berasaskan minyak bumi). Ini bermakna botol-botol ini boleh dikitar semula," kata label itu dalam satu kenyataan.
BACA JUGA: Lembapkan kulit, naikkan seri wajah dengan topeng muka Hada Labo Kotojyun Mask
Mengenai Hada Labo Hydrating Lotion, ia direka khusus dalam memastikan kelembapan kulit yang intensif sepanjang hari tanpa rasa melekit.
"Diformulasikan dengan campuran lima jenis Hyaluronic Acid (HA), setiap varian HA meresap ke dalam lapisan dermis kulit dan menghasilkan kulit yang berseri," kata kenyataan itu lagi.
Dijual pada harga RM69.50, produk berkenaan boleh dibeli di farmasi utama, pasar raya dan laman e-dagang seperti Shopee dan Lazada.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!