HADA Labo baru-baru ini memperkenalkan Platinum Kotojyun Mask serba baharu yang mengandungi serum penembusan tinggi dan diinfusikan dengan zarah nano platinum premium.

Jenama terkenal itu dalam satu kenyataan menyebut, partikel nano antara lain bertindak sebagai bahan antioksidan untuk melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar dan juga meningkatkan keserian kulit.

Hada Labo Platinum Kotojyun Mask didatangkan dalam dua varian iaitu Platinum Hydrating dan Platinum Whitening.

Platinum Hydrating berfungsi untuk melembapkan kulit secara mendalam untuk penghidratan dan lebih tahan lama.

BACA LAGI Serum penggalak Hada Labo H A Supreme bantu redakan kerengsaan kulit. Hasil tindak balas pun cepat!

BACA LAGI Rahsia kejelitaan semula jadi dengan rangkaian Hada Labo KOUJI Treatment Sensitive Hydrating. Ramai yang berpuas hati!

“Sementara Platinum Whitening pula mencegah kulit menjadi kusam,“ kongsi kenyataan tersebut.

Jenama terkenal itu dalam satu kenyataan menyebut, partikel nano antara lain bertindak sebagai bahan antioksidan untuk melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar dan juga meningkatkan keserian kulit.

Kesemua produk terkini daripada Hada Labo boleh dibeli di platform Shopee, Lazada dan semua farmasi terkemuka di seluruh negara.

Arahan untuk penggunaan:

1. Sapukan Hada Labo Lotion selepas membersihkan muka.

Iklan

2. Buka lipatan topeng dan tanggalkan kertas mutiara.

3. Bersama-sama dengan lapisan mesh lut sinar letakkan topeng pada muka dan tekan dengan hujung jari. Sejajarkan kawasan mata dan mulut.

4. Keluarkan lapisan mesh dan rehat selama 10-15 minit kemudian tanggalkan topeng.

Iklan

5. Untuk mendapatkan hasil yang jelas, disyorkan untuk menggunakan sekali atau dua kali seminggu sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit anda.

BACA LAGI Hada Labo, lancar kempen We Care bagi bantu masyarakat

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.