SAMBAL ditumis pekat dan penuh perisa menjadi penanda aras nasi lemak yang sedap.
Rupanya mudah sahaja cara untuk menyediakan sambal nasi lemak paling enak dan power. Rahsianya adalah meletakkan satu bahan ini semasa mengisar bawang.
Resipi dikongsikan Anna El Zehra ini mudah sangat. Tak hanya makan sendiri, ia juga diguna untuk diniagakan.
Baca juga:Cara buat ikan rebus goreng stail pantai Timur, biar semalaman barulah kick
Baca juga: Petua mudah kacang tanah goreng kekal rangup, hanya basuh &letak 7 sudu bahan ini
SAMBAL NASI LEMAK PEKAT & SEDAP
Bahan-bahan
6 ulas bawang merah
1/2 biji bawang Holland
Segenggam ikan bilis goreng
Belacan
Minyak masak
Cili kering kisar
2 sudu besar serbuk cili
Air asam jawa
1 keping gula Melaka
Gula, garam dan serbuk perasa
Sehelai daun pandan
Cara penyediaan
1-Masukkan semua bahan di dalam pengisar dan kisarkan bersama sedikit air.
2-Tumis bahan yang dikisar tadi mengunakan minyak menggoreng ikan bilis.
3-Masukkan cili kering yg telah dikisar kosong. Kacau sampai garing.
4-Masukkan serbuk cili dan teruskan menumis hingga garing.
5-Masukkan pula air asam jawa dan gula Melaka.
6-Masukkan gula, garam,ajinamoto, daun pandan dan bawang holland yang hiris.
7-Tumis dengan api sederhana sehingga sambal pecah minyak. Angkat dan sedia untuk dihidang!
Baca juga: Mudahnya resipi ayam rebus pedas viral, juicy & menyelerakan, lulus untuk diet
Baca juga: Petua rebus kerang isi tak kecut, lembut & segar, ikut step ini elok kejadiannya
Bagi menyediakan nasi lemak pandan, Anna El Zehra berkongsi bahan asas iaitu air pandan, santan, serai, halia dan bawang besar.
"Masak nasi macam nasi biasa. Tambah garam, serbuk perasa dan daun pandan," kongsinya.
Sedapnya penulis tengok sambal ini, merah menyala dan pekat. Jom kita sama-sama cuba!
Baca juga: Petua cuci siput sedut guna 1 bahan, lendir & hanyir hilang, tak perlu hampas kelapa
Baca juga: Petua ikan bilis kekal rangup & tahan lama, sebelum goreng buat dua langkah ni dulu
Sumber: Anna El Zehra
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!