AYAM adalah hidangan yang menjadi kelaziman mereka yang menurunkan berat badan atau berdiet. Tak hanya dikukus atau bakar, anda boleh mencuba resipi viral yang sedap iaitu ayam rebus pedas.

Tidak seperti kebanyakan ayam diet yang kering dan tawar, ia berjus  (juicy) dan menawan selera!

Baca juga: Cabaran diet 30 hari tanpa gula. Apa akan jadi pada jantung, berat badan dan hati kita?

Kepada anda yang mengamalkan pemakanan sihat, ingin membina otot dan mengelakkan sajian berminyak, boleh cuba resipi dikongsikan Aween Rahmad ini:

AYAM REBUS PEDAS VIRAL

Bahan

1/4 ekor ayam (bahagian paha)
Oregano
Chili flakes
Garam atau mushroom seasoning
Serbuk lada putih
Air

Cara penyediaan

1-Masukkan ayam ke dalam periuk dan tuangkan air sehingga ketulan ayam tenggelam.

2-Masukkan oregano, chili flakes dan serbuk lada putih.

3-Sebagai perasa untuk mengelakkan ayam tawar, masukkan garam atau mushroom seasoning secukupnya.

4-Kacau agar rempah bergaul sekata, kemudian tutup periuk dan rebus ayam dengan api sederhana.

5-Apabila air hampir kering, matikan api.

6-Kikis lebihan rempah yang melekat pada permukaan periuk dan sapukan pada ayam.

7-Sedia untuk dihidang

Dalam pada itu, Aween turut berkongsi resipi pencecah yang sedap hasil daripada lebihan rempah ayam yang direbus.

“Anda boleh ambil lebihan rempah dan letakkan di dalam mangkuk. Masukkan dua hingga tiga sudu besar Greek yogurt dan kacau. Siap!”

Selamat mencuba!

Baca juga: Wow! Nasi sejuk elok untuk diet, pesakit diabetes, ahli kimia kongsi 15 fakta mudah faham

PANDUAN MEMILIH BAHAGIAN AYAM TINGGI PROTEIN, RENDAH LEMAK

Kepak penuh

Bahagian kepak mempunyai lebih banyak kulit dan tulang berbanding daging atau otot. Oleh itu, kalori bagi 100 gram kepak ayam mentah datangnya daripada lemak.

Iklan

Tenaga: 101 kcal
Protein: 7.6 gram
Lemak: 7.8 gram

Paha dan atas paha

Bahagian paha dan bahagian atas peha ayam (drumstick dan thigh) sangat dikenali dengan bahagian yang tinggi lemak. Tetapi jika kita lihat maklumat pemakanan dalam gambar diatas, kandungan lemak dan protein hampir sama banyak. Dari mana sebenarnya datangnya lemak dan protein ini?

Lemak untuk bahagian ini datang daripada kulit yang melapisinya. Oleh itu, awasi pengambilan kulit. Manakala protein untuk bahagian ini datang daripada kepadatan otot yang tinggi kerana bahagian peha ayam ini adalah bahagian yang aktif bergerak bagi seekor ayam.

Paha
Tenaga: 170 kcal
Protein: 13.0 gram
Lemak: 13.1 gram

Atas paha
Tenaga: 172 kcal
Protein: 13.3 gram
Lemak: 13.2 gram

Dada

Bahagian dada ayam atau lebih dikenali sebagai chicken breast mempunyai kandungan protein yang tinggi dan rendah kalori jika dibandingkan dengan bahagian ayam yang lain.

Iklan

Oleh itu, daging dada ini sangat popular dalam kalangan individu mahu menurunkan berat badan dan ahli sukan yang ingin tubuh lebih berotot.

Tenaga: 150 kcal
Protein: 18.3 gram
Lemak: 7.7 gram

Baca juga: Ayam bakar guna perencah nasi goreng, mudah, sedap dan jimatkan masa

Baca juga: Lebih 35,000 share, resipi ayam panggang ala bazar Ramadan sedap dan mudah guna air fryer

Sumber: Aween Rahmad, Nutritionist Perak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!