KHAIRUL Aming, ikon anak muda yang menjadi inspirasi semua baru-baru dinobatkan sebagai TikTok Creator of the Year di TikTok Awards Malaysia 2023.
Mengusahakan perniagaan sambal hingga memiliki dua buah kilang, influencer berusia 30 tahun itu sememangnya layak diberikan gelaran berkenaan.
Popular dengan kandungan masakan pada bulan Ramadan, Khairul Aming inspirasi content creator yang berilmu dan berwawasan.
Baca juga: Khairul Aming bujang tapi belum bersedia, tak kisah bakal isteri tak pandai masak
Berikut 10 fakta membanggakan tentang pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman itu:
1-Khairul Aming dilahirkan pada 25 September 1992.
2-Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia, beliau mendapat tawaran biasiswa melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.
3-Ketika mengikuti pengajian di luar negara, anak bongsu empat beradik itu bertindak sebagai Presiden Persatuan Pelajar Malaysia.
4-Pada tahun 2014, ketika berusia 22 tahun Khairul Aming menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dengan pengkhususan major Kejuruteraan Mekanikal dan minor dalam Material and Science Engineering di Vanderbilt University di Amerika Syarikat (AS).
[caption id="attachment_93401" width="800"] Khairul Aming pernah memenangi tempat pertama pertandingan video, Travel Video Contest ketika melanjutkan pelajaran di AS.[/caption]
5-Lebih membanggakan, beliau menamatkan pelajaran dengan meraih keputusan 3.75 dan meraih anugerah khas. Tidak hanya itu, beliau yang mesra disapa Aming menerima Anugerah Dekan bagi setiap semester dan AT&T Innovation Award.
6-Pulang ke tanah air dan memulakan kerjaya sebagai jurutera dalam bidang minyak dan galian (oil and gas) dan seterusnya beralih ke bidang logistik.
7-Dalam masa yang sama, beliau berjinak-jinak dengan pelbagai perniagaan untuk mencipta pendapatan sampingan. Ketika berusia 25 tahun, pempengaruh ini mencuba pelbagai perniagaan termasuk healthy meal, pakaian dan resume.
8-Kemudian tercetus idea membuat kandungan video masakan dan memuat naik di saluran YouTube ‘Rasapop’. Selepas saluran tersebut 'boom', Khairul Aming mula mencipta dan menjual produk sendiri. Namun segala yang dirancang menemui kegagalan, wang simpanan habis, view saluran Youtube jatuh dan beliau bangkit semula dengan menggunakan nama ‘Khairulaming’.
9- Sejak itu beliau tidak lagi berselindung di sebalik nama Rasapop dan muncul di dalam setiap video yang dikongsikan. Strateginya itu membuahkan hasil apabila pengikut di laman Instagram bertambah daripada 1,000 sehingga mencecah tiga juta.
10-Pemergian ayahanda ketika beliau berusia 28 tahun memberikan impak besar buatnya. Pempengaruh ini keluar daripada bidang oil and gas dan mengorak langkah berani untuk mengubah nasib keluarga sehingga kini Sambal Nyet keluaran Khairul Aming Brand menjadi sambal paling laris di Shopee dan memiliki dua kilang.
Dalam ucapannya semasa menerima anugerah Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia 2023, Khairul Aming tidak lupa mengingatkan pencipta kandungan muda untuk tidak mengabaikan pelajaran.
"Kepada anak muda yang menceburi bidang ini, kalau masih bersekolah, habiskan belajar dahulu supaya keluar nanti boleh jadi pencipta kandungan berkualiti.
"Pencipta kandungan ini bukan sekadar tular sahaja, tapi perlu ada adab dan kebolehan menyelesaikan masalah,” katanya.
Beliau dalam masa yang sama berkata, kemenangan ini merupakan hasil sokongan daripada keluarga, rakan-rakan pencipta kandungan dan pasukan perniagaannya.
"Terima kasih kepada mak, arwah ayah dan pasukan Sambal Nyet. Kalau ayah dapat tengok saya terima anugerah ini mesti dia berbangga sebab sudah lapan tahun saya bekerja keras,” katanya ketika menerima trofi daripada pengarah veteran, Datuk Yusof Haslam dan penyanyi senior Ziana Zain.
Menerusi Instagram, Khairul Aming, menitipkan penghargaan buat warga maya yang bersamanya selama ini.
"Terima kasih kepada anda semua yang memilih Khairul Aming sebagai Creator of The Year. Ini award pertama saya selepas lapan tahun membuat digital content.
"Award ini untuk anda semua yang support Khairul Aming dari dulu lagi," ujarnya.
Warganet berbangga dengan kejayaan yang diraih Khairul Aming dan menyatakan rasa bangga.
Tidak kurang yang menjadikan beliau sebagai inspirasi.
-"Tahniah @khairulaming.Pesanan yang sangat bagus buat anak muda. Jadi content creater yg ada ilmu dan adab dengan tujuan untuk bangunkan negara. Berbeza antara orang yang berilmu dengan yang tidak berilmu. Tahniah."
-"Beautiful meaningful speech! Congratulations @khairulaming you deserved it of course."
-"Critical thinking, problem solving, jaga adab, ada common sense & habiskan pembelajaran. Tq @khairulaming because u helps us ( parents & teachers) spread important values in content creation to young people."
-"Congratulations Aming! Well deserved! Ucapan terbaik!"
Sumber: Instagram Khairul Aming
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!