Wardina Safiyyah syukur terima menantu, anak sulung Amna Nafeesa kini bergelar isteri

Iklan
Wardina Safiyah syukur terima menantu, anak sulung Amna Nafeesa kini bergelar isteri (5)

BEKAS pengacara dan pelakon, Wardina Safiyyah pernah menjadi pernah menjadi inspirasi wanita berhijab.

Lama tidak mendengar khabar pelakon sitkom Spanar Jaya dan pengacara Al-Hidayah ini selepas beliau berhijrah ke Australia pada 2014.

Iklan
Iklan

Pemilik nama Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot itu kini bergelar psikologis bertauliah dan menetap di Brisbane.

Dalam perkembangan terbaru, pelakon yang memegang watak Misha dalam Spanar Jaya itu telahpun menerima kehadiran menantu.

Iklan

Baca juga: Ustazah Norhafizah Musa terima menantu ketiga, dua keluarga sahabat baik kini berbesan

Iklan

Tidak selalu mendedahkan kisah peribadi di laman sosial, Wardina mendoakan kesejahteraan buat anak, Amna Nafeesa dan menantu.

"Alhamdulillah segala puji bagi ALLAH. Seperti yang anda semua tahu, saya menghargai kehidupan peribadi dan suka menyimpannya.

"Bagaimanapun, saya ingin berkongsi berita gembira dan memohon semua mendoakan Amna dan anak (menantu) Yusuf yang tersayang.

"Semoga ALLAH merahmati penyatuan mereka dan melindungi. Saya benar-benar bersyukur kepada ALLAH atas segala kurniaan-NYA," kongsi Wardina yang memuat naik foto Amna pada majlis akad nikah.

Wanita kacukan Australia dan Melayu itu menzahirkan kesyukuran menerima kehadiran menantu.

"Alhamdulillah. Semoga ALLAH merahmati dan melindungi mereka berdua.

"Masya-ALLAH tabarakallah, kami bersyukur ke hadrat ALLAH SWT dan bertawakal atas segalanya dan kurniaan-NYA.

"Hati saya tenang dan tenteram, Alhamdulillah.

"Dikurniakan keluarga besan yang baik, menantu, keluarga, kawan dan masyarakat sekeliling.

Baca juga: Wajah lembut persis ibu, Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah kini bertugas di Ireland, bahagia di samping suami, 2 anak

"Ayat-ayat ini menjadi peringatan setiap kali saya membacanya.

"Alhamdullillah sesungguhnya segala nikmat dan kebaikan adalah daripada ALLAH.

"Keluarga, ahli baru dan rakan-rakan, apa lagi yang boleh saya katakan. Semoga ALLAH mengurniakan lebih daripada apa yang kita diberikan," titip Wardina.

Memasuki fasa baru sebagai ibu mentua, wanita berusia 44 tahun itu menzahirkan doa buat permata hati sulung, Amna Nafeesa dan menantu.

"My darling Amna. Anakku Yusuf yang tersayang, kamu telah membawa banyak barakah ke dalam hidup kami dan orang-orang di sekeliling. Semoga ALLAH terus merahmati kamu dan keluarga.

Nekad berhijab di kemuncak populariti, penghijrahan Wardina pelopor kepada wanita bertudung untuk terus aktif dalam bidang seni.

Wardina berkahwin dengan arkitek, Ikhwan Johari pada September 2002 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Amna Nafeesa, Azra Sareera dan Imran Arrazi.

Selain memiliki kelulusan dalam bidang psikologi, bekas peserta Dewi Remaja 1997/98 ini juga menggenggam ijazah dalam bidang hiasan dalaman daripada Centre for Advance Design (CENFAD) Kuala Lumpur.

Baca juga: Inspirasi! Ibu mentua masak sahur & berbuka untuk anak menantu walau beza agama, perkongsian doktor wanita ini buat ramai tersentuh

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!