Aneka makanan viral di bawah satu bumbung. Ini 5 destinasi kalau singgah, confirm tak menyesal

Iklan
makanan viral

Aneka makanan viral di bawah satu bumbung. Ini 5 destinasi kalau singgah, confirm tak menyesal

SESEKALI keluar makan, mesti kita nak cari tempat yang selesa, luas dan kalau boleh, semua menu yang digemari ada.

Iklan
Iklan

Jadi, tak perlulah nak pergi jauh-jauh, kan? Kalau menu masakan kampung, western ataupun aneka sup dan goreng-goreng tersedia di bawah satu bumbung.

Kepada yang memiliki anak ramai, pasti nak cari kedai yang besar dan lagi best, kalau harga mampu milik.

Iklan

Memahami keperluan tersebut, sudah ramai pengusaha menyediakan mereka dengan pelbagai kios makanan.

Carian SinarPlus di media sosial mendapati, terdapat beberapa lokasi yang menyediakan keperluan seperti itu.

Iklan

Mereka bukan saja menjual aneka juadah menyelerakan, malah reka bentuk premis dan tahap kebersihan memang terbaik.

 

Pada waktu malam, view memang cantik dengan pancaran lampu mentol tergantung di tengah ruang makan.

Kalau destinasi makan berhampiran dengan pantai, lagi menarik. Comfirm orang mesti ramai.

Berikut SinarPlus syorkan beberapa lokasi yang memiliki kios makanan dan tempat lepak yang boleh buat kalian teruja:

1. Lepak Kampung Talang

Alamat: 23, Jalan Taiping, Jalan Kampung Talang Hilir, Kuala Kangsar, Perak

Waktu operasi: 6 petang hingga 12 malam

Facebook: Lepak Kampung Talang

Instagram: @lepakkampungtalang

2. Ra.re Gombak

Alamat: Kompleks Pasar Muhibbah, Jalan TIB 3, Taman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor

Waktu operasi: 5 petang hingga 12 malam

Facebook: Rare Gombak

Instagram: @ra.regombak

Baca juga Rambang mata di Kajang Food Station, semua makanan kegemaran di bawah satu bumbung   

3. The Portload by Pulut_Pulut

Alamat: Jalan Hillpark 11/11A, Pusat Perdagangan Hillpark, Puncak Alam, Selangor

Waktu operasi: 10 pagi hingga 12 malam

Facebook: Pulut_Pulut

Instagram: @theportload

4. Alizas Cafe

Alamat: 3, Jalan Tokong Ular, Bandar Bayan Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang

Waktu operasi: 6 petang hingga 12 malam

Facebook: Alizas Cafe

Instagram: @alizascafe_

Baca juga ‘Tourism Cafe’ tawar pakej unik Langkawi, produk anak tempatan kini di bawah satu bumbung

5. Bidadari Turun Malam Cafe & Ruang Seni

Alamat: Kampung Sungai Tangkas, Kajang, Selangor

Waktu operasi: 5 petang hingga 12 malam

Facebook: Bidadari Turun Malam

Instagram: @bidadariturunmalam

Kalau berhampiran atau mahu mencuba destinasi yang disenaraikan di atas, bolehlah kalian share pengalaman di ruang komen kami.

Satu lagi, kami nak ingatkan, jika tiada plan hujung minggu ini, apa kata singgah ke SinarPlus Makan Fest sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari 2023.

Jom datang beramai-ramai ke Dataran Kumpulan Media Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor pada 8 hingga 10 September ini.

Nak makan apa? Semuanya ada! Lagi menarik, pelbagai acara dan pertandingan diadakan untuk memeriahkan suasana.

Kalau pandai bermain permainan tradisional, tunjukkan skil terbaik ya.

Tawaran pelbagai hadiah menanti anda. Rugi kalau tak kalian pandang sebelah mata jer.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang