JIKA selera anda dan ahli keluarga berbeza antara satu sama lain, apa kata singgah ke Kajang Food Station milik pendakwah dan penceramah agama terkemuka negara, Wan Akashah Wan Abdul Halim.

Terletak di Sungai Kantan, Kajang, Selangor, premis itu ujar Wan Akashah, memiliki 20 sajian signatur lokal dan antarabangsa.

Menariknya, tempat kawasan letak kereta di sana cukup luas sekali gus memudahkan pelanggan meletak kenderaan.

Kajang Food Station

“Semuanya di bawah satu bumbung dan tak perlu nak pergi banyak tempat kerana hampir semua makanan kegemaran masyarakat Malaysia ada di Kajang Food Station,” katanya.

Ujar Wan Akashah, jika sebelum ini bandar Kajang cukup terkenal dengan sate, beliau mahukan lebih daripada itu.

“Kalau boleh saya mahu jadikan Kajang sebagai lokasi syurga makanan dan bukan hanya sate. Itu sebab saya buka Kajang Food Station dengan menyajikan variasi makanan yang dikendalikan 20 pengusaha.

Kajang Food Station

“Insya-ALLAH dari segi kualiti makanan, kebersihan dan keselamatan memang dijaga rapi demi kepuasan orang ramai,” ujar kekasih hati Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood itu.

Ramadan

Setakat dibuka sejak awal tahun 2019, antara menu paling laris dan dicari ramai,beritahu Wan Akashah adalah seperti nasi ayam cincang, ayam penyet, asam pedas Melaka, nasi ambeng Johor, Ayam Kicap Berapi, Sate Warisan dan banyak lagi.

Kajang Food Station

“Berkenaan dengan harga, memang cukup murah kerana rata-ratanya berharga bawah RM10 sahaja dengan porsi yang besar.

“Kepada peminat laksa Sarawak, sizzling dan menu masakan Korea, jangan risau, kami tak lupakan anda dan cef yang menyediakan semua sajian itu sangat berpengalaman,” kata bapa kepada empat cahaya mata itu.

Apa perancangan Kajang Food Station menjelang Ramadan nanti? Jawab Wan Akashah, ia bergantung kepada arahan terkini kerajaan.

Kajang Food Station

“Jika semua berjalan lancar, insya-ALLAH kami akan beroperasi seperti biasa, cuma waktunya bermula dari pukul 3 petang hingga 8 malam,” katanya sambil memberitahu, ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, pihaknya terpaksa menggerakkan penghantaran makanan terus ke pintu rumah pelanggan.

Bagi menyemarakkan lagi premis tersebut, pihaknya bakal memperkenalkan menu pencuci mulut baharu iaitu aiskrim Mokti’s yang terkenal dengan gula apong dan madu Yemen.

“Pengenalan aiskrim viral itu juga bersempena pembukaan cawangan kedua Kajang Food Station di Sungai Ramal nanti. Insya-ALLAH pembukaan stesen baharu itu akan membuka peluang kepada orang ramai untuk terus datang menikmati menu istimewa yang ditawarkan.

“Sajian panas-panas dan makan tanpa was-was. Bagi mereka yang jauh, khidmat penghantaran makanan terus ke rumah dalam radius 20 kilometer,” katanya.

Iklan

Kajang Food Station

Kajang Food Station

  • Alamat: Sungai Kantan, Kajang, Selangor
  • Waktu operasi: 7 pagi hingga 8 malam
  • Menu signatur: Nasi Ayam Cincang, Ayam Penyet, Ayam Kicap Berapi, Asam Pedas Melaka, Nasi Ambeng Johor, Sate Warisan dan banyak lagi
  • Harga: Bermula RM6
  • Facebook: Kajang Food Station

Benarlah orang kata, jika sudah buntu, pastinya kita akan memilih ‘stesen makanan’ yang menyajikan semua jenis makanan.

Namun, berdasarkan pengalaman penulis, tidak semua premis menjanjikan sajian yang enak malah tempat yang bersih.

Berdasarkan tinjauan dan pencarian di media sosial, berikut kami cadangkan empat ‘stesen makanan’ sama seperti di Kajang Food Station, tetapi di beberapa lokasi dan negeri berbeza:

Food Station

Ipoh Station Cafe

Iklan
  • Alamat: Medan Stesen 18/2, Stesen 18, Ipoh, Perak
  • Waktu operasi: 7 pagi hingga 12 tengah hari
  • Menu signatur: Roti Benggali Kacang Pol
  • Facebook: Ipoh Station Cafe

Food Station

Pitt’s Station

  • Alamat: Batu 1, Jalan Ayer Hitam, Johor
  • Waktu operasi: 4 petang hingga 11 malam
  • Menu signatur: Set Broning dan Set Happy Family
  • Facebook: Pitt’s Station Official

Food Station

T Station

  • Alamat: Kampung Pandan 2, Jalan Kuantan-Kemaman, Kuantan, Pahang
  • Waktu operasi: 4.30 petang hingga 11 malam
  • Menu signatur: Masakan panas, dim sum dan nasi arab
  • Facebook: T Station Kuantan

Food Station

Cece Station

  • Alamat: Wisma Dataran Fajar, Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam
  • Menu signatur: Kolo Mi dan Pang Mi
  • Facebook: Cece Station