‘Tourism Cafe’ tawar pakej unik Langkawi, produk anak tempatan kini di bawah satu bumbung

'Tourism Cafe' tawar pakej unik Langkawi, produk anak tempatan kini di bawah satu bumbung
September 4, 2020
Oleh Meen

LANGKAWI terdiri daripada sekumpulan 99 buah pulau tropika di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia, lebih kurang 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah.

Pulau-pulau ini mempunyai warisan mitos dan legenda yang menarik, antaranya kisah gergasi dan burung garuda, pahlawan dan puteri kayangan, peperangan dan kisah cinta. Mitos yang sering dikaitkan dengan Langkawi Pulau Legenda ialah Mahsuri Wanita berdarah putih.


Tambahan pula Pulau Langkawi juga terkenal dengan produk pelancongan dan komuniti yang unik serta kaya dengan pelbagai juadah makanan yang pelbagai.

LANGKAWI terdiri daripada sekumpulan 99 buah pulau tropika di persisiran barat laut Semenanjung Malaysia, lebih kurang 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah.

Siapa sahaja yang jejak ke bumi Langkawi semestinya bakal merasai pengalaman menarik di Pulau Legenda itu.

Menurut sumber, pengunjung tidak perlu lagi tercari-cari kerana produk tempatan Langkawi kini dipasarkan di bawah satu bumbung.

Iklan

Di Tourism Cafe, pengunjung bukan sekadar menikmati sajian unik Langkawi, malah mereka bakal merasai sendiri pengalaman menarik sepanjang berada di pulau itu.

Idea penubuhan pusat sehenti ini tercetus oleh pengusahanya Zainuddin Kadir yang mahu menjadikan produk unik Langkawi sebagai tarikan utama di restorannya.

Iklan

Dalam masa sama, jelasnya, hasrat ingin membantu pengusaha kecil produk komuniti yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi langkah permulaan buat dirinya mengilhamkan perniagaan itu.

“Langkawi yang bergantung harap kepada sektor pelancongan lumpuh ketika penularan Covid-19 dan pelaksanaan PKP.

“Kebanyakan pengusaha kecil terjejas. Jadi penubuhan kafe ini sebagai salah satu platform buat mereka memasarkan produk mereka.

“Ia juga boleh jadi sebagai tempat persinggahan buat pelancong untuk merasai ‘signature dishes of Langkawi’ seperti kerabu bronok dan produk tempatan berasaskan gamat,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) berkata, produk tempatan Langkawi boleh diangkat ke peringkat lebih tinggi kerana mempunyai nilai komersial yang tinggi.

“Kita nak ambil contoh, perusahaan ais krim berasaskan susu kerbau, mungkin tiada di tempat lain tapi di Tourism Cafe anda boleh dapatkannya yang diadun bersama kelapa pandan Langkawi.

“Ais krim ini merupakan produk anak tempatan dan kelapanya juga memang dipetik beberapa jam sebelum dihidangkan kepada pengunjung bagi memastikan kesegarannya.”

Tambah beliau, konsep menggunakan produk tempatan ini bakal menjadikan ia sebagai one stop centre apabila pengunjung ke Langkawi.

Ia juga bakal dikembangkan ke beberapa negeri lain sebagai usaha memperkenalkan produk Langkawi ke seluruh Malaysia.

Terletak tidak jauh dari Jeti Kuah, kafe yang berkonsepkan santai ini juga menjadi pusat di mana pengusaha pelancongan meluangkan masa bertukar idea sambil menjalankan usaha promosi kepada pengunjung.

Sumber : Astro Awani

Iklan

About Meen

Biodata Penulis