BAKAL bersalin pada bulan hadapan, pelakon dan usahawan Izara Aishah mengesahkan dirinya sedang sarat hamil anak kedua.
Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin memuat naik beberapa foto menghadiri majlis anjuran Rolls Royce Spectre Malaysia.
Hadir bersama suami, Adib Khalid, Izara yang memakai dres dan kemeja oversized sebagai outer jelas memperlihatkan baby bump.
Baca juga: Padam semua gambar lama, Izara Aishah kini tampil bertudung
Terdahulu, warganet menerusi penstriman langsung di TikTok berteka-teki tentang kehamilan beliau.
Baca juga: Dedah wajah anak, Izara Aishah dan suami pilih nama Irisa Alaia
Pemilik jenama pakaiannya ini Izara World telah berkahwin dengan Adib yang merupakan anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada 17 November 2017 selepas tiga tahun menyulam cinta.
Pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010 itu kini memiliki seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia yang berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram izaraaishahofficial
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!