MEMILIKI empat cahaya mata, keluarga pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey tidak lama lagi akan menerima ahli baharu yang kelima selepas isteri beliau, Syaheera Rahman kini sedang hamil.

Syaheera menerusi Instagram memaklumkan usia kandungannya sudah memasuki pada trimester ketiga.

Berseloroh kehamilan kali ini adalah yang terakhir, graduan Teaching English as a Second Language (TESL), Management & Science University (MSU) itu mengabadikan detik-detik istimewa ketika berbadan dua.

Baca juga: Remy Ishak kini bapa, selamat timang anak sulung

“Daddy cakap last sebelum tutup kilang. Mommy kena simpan banyak memori ini, rindu ke mana-mana bawa perut.

“Apabila masuk third trimester baby tendang perut tak kira masa, especially semasa solat.

“Dia suka agaknya dengar kita baca doa. Sejuk hati mommy moga anak mommy semua membesar menjadi anak yang soleh dan solehah,” titip Syaheera.

Pernah melahirkan anak sulung kembar menerusi pembedahan manakala anak kedua secara normal, ibu muda berusia 29 tahun itu mengenang keindahan momen kehamilan dan bersalin.

“Hebat kan jadi ibu ni. Masa first lahirkan twins perlu jalani pembedahan caesaran. Cakap serik tetapi sanggup lagi melalui fasa mengandung dan rezeki dapat bersalin normal.

“Apabila bersalin normal sakit meneran, dijahit, rengat dan bermacam lagi. Mulut cakap nak rest.

“Itu belum kira seksanya morning sickness sampai lembik muntah selama tiga bulan pertama tapi kesudahannya ada lagi Ibrahim dan kini adik Ibrahim.

“Itulah indahnya perjalanan dari mengandung sampai melahirkan. Istilah penat, anak seorang pun kita akan penat apatah lagi anak ramai. Tetapi syukur Alhamdulillah kami sentiasa enjoy moments membesarkan anak-anak.

“Mommy selalu doa anak-anak agar baik pekertinya tetapi doa yang paling didahulukan adalah supaya mommy dengan daddy berjaya didik anak-anak dengan sebaiknya,” titip wanita kelahiran Jitra, Kedah itu.

Syaheera yang menimang cahaya mata pertama pada usia 21 tahun bersyukur apabila impian untuk memiliki anak ramai dimakbulkan.

Baca juga:’Terima kasih isteri atas anugerah ini.’ Nadzmi Adhwa sambut sendiri anak kedua, keluarkan uri ketika Ardell Aryana bersalin

“Before 30 series coming mommy akan ada lima anak. Dulu kita pandang cara parents membesarkan kita dengan pelbagai dugaan, kini fasa kita pula melalui semua itu, ” ujar Syaheera.

Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam, 32, berkahwin dengan Syaheera pada 14 Mac 2015.

Iklan

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, 6, Nur Aminah Mishall, 5 dan Ibrahim Jibriel, 3.

Menjengah ke ruangan komen, Warganet mendoakan agar proses kelahiran bayi kelima pasangan itu dipermudahkan.

– “Dah nak bersalin, bila due date.Sampai tak perasan mommy pregnant. Semoga dipermudahkan segala urusan.”

– “Semoga di permudahkan segalanya buat awak @syaheeraarahman dan baby.”

– “Alhamdulillah. Itulah kan, dalam pada sakit dan letih morning sickness, macam saya keluar enam girl. Semoga dipermudahkan segala urusan bersalin selamat ibu dan baby.”

Iklan

Baca juga: Wajah ibu  ayah seiras, mesti baby cantik, Aishah Al Iman nama pilihan Wany Hasrita, suami

Sumber: Instagram syaheerarahman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!