SELEPAS seminggu dilahirkan, akhirnya wajah cahaya mata sulung pelakon Izara Aishah didedahkan.

Menerusi laman Instagram, suami Izara iaitu Adib Khalid telah memuat naik beberapa keping gambar puteri kesayangan mereka untuk tatapan umum.

Bayi yang lahir dengan berat 2.9kg pada 15 April lalu itu diberi nama Irisa Alaia Muhamad Adib.

Adib meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak pertamanya itu dan menyifatkan ia sebagai satu detik paling indah dan menggembirakan buat dia dan isteri.

Dalam perkongsian yang sama, pasangan itu turur merakamkan rasa terima kasih mereka atas semua doa dan sokongan yang diberikan.

“Welcome to the world Alaia, my heart melted the moment I heard about you, and now you are here with us. Your mother and I are overjoyed with emotions and love for you.

Iklan

“May you be a blessed child and a bundle of joy to everyone you meet, May you be righteous in your greatness, May you have success in this life and the hereafter, Amin.

Izara dan Adib Khalid yang juga anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Adib Khalid)