PELAKON era 80-an, Mek Habsah atau nama sebenarnya Habsah Bakar meninggal dunia pada usia 67 tahun.
Berita duka penyanyi dan pelawak popular itu dikongsikan cucunya, Huraimi Hilman menerusi laman sosial Facebook.
Baca juga: Banyak punca kenapa penyakit paru-paru berdarah boleh terjadi. Ini rawatan yang disyorkan pakar
Pelakon Litar Kasih itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2.45 pagi di Institut Perubatan Respiratori (IPR) Kuala Lumpur akibat penyakit paru-paru.
Menurut laman kemas kini Facebook Allahyarham, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih Fasa 2, Batu Caves selepas solat Zohor.
Baca juga: Wajibkah anak ganti puasa ibu bapa yang sudah meninggal dunia?
Allahyarham difahamkan lebih 20 tahun menderita sakit paru-paru yang agak kronik dan bergantung hampir 20 jam sehari kepada mesin oksigen.
Beliau yang sering keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan menerima sumbangan dua buah mesin oksigen pada tahun 2021.
Di kesempatan ini, SinarPlus merakamkan ucapan takziah buat keluarga Mek Habsah. Semoga rohnya dicucuri rahmat, al-Fatihah.
Baca juga: Jangan panik, kalut, 10 perkara perlu buat apabila ahli keluarga meninggal dunia
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!