Lebih 2,000 likes, resipi nasi ayam claypot Cina perkongsian wanita mualaf, terjamin bersih & halal

Iklan
Lebih 2,000 likes, resipi nasi ayam claypot Cina perkongsian wanita mualaf, terjamin bersih & halal

MENU nasi claypot menjadi isu akhir-akhir selepas tular isu halal selepas premis tidak memiliki sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jakim menerusi kenyataan di Facebook menasihatkan pengguna Muslim berhati-hati dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi.

Iklan
Iklan

Daripada makan di luar, ayuh kita sediakan sendiri. Nikmati hidangan claypot yang enak dan harum di dapur sendiri berpandukan resipi daripada Nurul Amirah Abdullah Chan ini.

Baca juga: "Ibu bapa tiada gantinya”- Isteri kerap balik kampung, lelaki mualaf baru tahu punca lebuh raya sesak tiap kali cuti

Iklan

Iklan

Baca juga: Petua naikkan selera makan anak, wanita kongsi cara orang Cina guna 'emas' hempedal ayam

NASI AYAM CLAYPOT

Berikut adalah bahan dan cara penyediaannya:

Bahan-bahan

Ayam (dipotong kecil)

Beras - BELI D SINI 

Kicap masin (Nona) BELI D SINI 

Kicap cair BELI D SINI 

Minyak bijan (Chee Seng memiliki logo halal antarabangsa/ jenama lain) BELI D SINI 

Bawang putih BELI D SINI 

Cukup rasa Maggi BELI D SINI 

Ikan tenggiri masin BELI D SINI  (digoreng)

Air secukupnya

1 inci halia

Cara penyediaannya

1-Perap ayam dengan kicap masin, kicap cair, minyak bijan dan Cukup Rasa Maggi. Kesemua bahan ini digaul dengan ayam atau kambing dan diperap selama 30 minit hingga sejam.

2-Jika mahu perapan lebih gelap warnanya, letakkan setengah sudu kecil thick caramel soy sauce jenama Angel.

3-Beras yang sudah dicuci dicampur kicap masin, halia dan bawang putih cincang. Sukatan nisbahnya ialah satu cawan beras bersamaan satu cawan air bercampur kicap.

4-Masak di dalam belanga (claypot) selama lima hingga tujuh minit dengan api sederhana. Pastikan periuk ditutup dengan penutupnya. Kerapkan periksa beberapa minit sekali untuk mengelakkan ia terlalu masak.

5-Apabila nasi didapati semakin kurang airnya, susun potongan ayam yang telah diperap bersama cecair perapan. Teruskan memasak dengan berpenutup selama lima hingga tujuh minit.

6-Apabila terbau aroma hangus, bermakna nasi hampir masak.

7-Ketika nasi hampir masak, goreng ikan tenggiri masin dan curahkan ke dalam claypot bersama minyaknya.

8-Besarkan api untuk mendapatkan kerak terbakar di bahagian dasar claypot selama satu hingga tiga minit.

"Biasanya saya akan melakukan langkah terakhir selama seminit setengah sahaja. Saya pegang claypot dan pusingkan sisinya pada api dapur supaya kerak terhasil di bahagian tepi belanga.

Ada juga warganet yang berkongsi tip agar hidangan ini lebih lazat. Katanya sebelum diangkat, renjiskan nasi dengan dengan air bawng putih dan halia yang dikisar serta minyak bawang putih. Jangan lupa taburkan dengan daun bawang!

Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi ayam masak cili kering style cina muslim

Sumber: Nurul Amirah Abdullah Chan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!