APABILA anak tidak berselera makan, golongan ibu pasti susah hati. Rupanya ada cara untuk menaikkan selera menggunakan bahagian dalam hempedal ayam dipanggil panggi.

Cuba petua naikkan selera dikongsi pemilik Instagram Soya Belacan iaitu Aisha ini yang menggunakan lapisan dalam hempedal ayam dipanggil ’emas.’

Ujarnya, tidak semua herba dijual sensei berasaskan tumbuhan. Seperti ’emas’ ayam ini, jika diambil daripada ayam tidak halal maka ia tidak halal.

Baca juga: Anak demam, batuk berkahak, hingus tak hilang ikhtiar air rendaman kembang semangkuk, alternatif ubat

 

“Selepas ini jangan buang hempedal ayam lagi sebab lapisan kuning di dalamnya boleh dijadikan ubat.

“Herba ini dipanggil 鸡内金(ji nei jin) yang bermaksud maksudnya emas dalam perut ayam. Ia untuk mengubati masalah pencernaan. 

“Sangat sesuai untuk anak sebab pencernaan mereka belum mantap lagi, senang berangin, tiada selera makan,” ujarnya.

Jom ikuti cara penyediaannya:

Bahan-bahan

1 lapisan emas dari hempedal ayam
2-3 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
Bijan secukupnya
Sedikit air

Cara penyediaan

1- Bersihkan hempedal dan ambil lapisan Keluarkan lapisan emas di dalamnya.

2-Cuci bersih dan sangai ia sehingga garing.

3-Kisar menggunakan pengisar kering sehingga menjadi serbuk.

4-Masukkan ia ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum.

5-Tambah garam, bijan dan air. Awas, jangan letak banyak air kerana doh ini kering sahaja.

Iklan

6-Uli doh hingga tidak melekat dan bahagikan kepada ia kepada beberapa bahagian.

7-Gelek nipis dan sangai di atas kuali tanpa minyak.

8-Pastikan kedua-dua permukaan garing baru diangkat. Siap!

Katanya lagi, selain dijadikan biskut, bahan petua naikkan selera ini juga boleh diletakkan di dalam makanan anak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Soya Belacan (@soyabelacan)

“Biasanya orang sangai jadi kering, tumbuk atau blend jadi powder.

“Boleh letak dalam sup, bubur atau buat biskut macam Aisha.

“Lebih ranggup dan wangi, Bijan pula kaya dengan kalsium,” katanya.

Baca juga: Anak hilang selera makan, ini 6 bahan ibu wajib guna dalam masakan

Iklan

Baca juga: Bila dah lebih 3 minggu batuk berkahak tak sembuh-sembuh, bawa si kecil terus jumpa doktor. Itu petanda bahaya!

Baca juga: Demam on-off, badan sakit-sakit, lesu, 10 tip mak-mak wajib tahu bezakan influenza dan demam selesema

Sumber: Instagram Soya Belacan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!