85 peratus bergelar usahawan wanita suri bisnes, Eskayvie kini lebar sayap ke Indonesia
BERPAKSIKAN matlamat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ekonomi digital, World Islamic Entrepreneur Summit 2023 yang dianjurkan baru-baru ini berjaya menghimpunkan ribuan usahawan Muslim di seluruh dunia.
Diadakan di Pangeran Beach Hotel, Padang Indonesia bermula 6 hingga 8 September lalu, program bertaraf antarabangsa itu dirasmikan oleh Gubernur Provinsi Sumatera Barat, Indonesia, H Mahyeldi Ansharullah.
Selain Malaysia, beberapa negara seperti Vietnam, Filipina, Thailand, Singapura, Timor Leste, India, Morocco, Kazakhstan, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Turki, Uzbekistan dan Sepanyol turut menyertainya.
Turut membuat penampilan istimewa ialah Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed dan isteri Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif, Nur Asia Uno.
Kedua-dua wanita hebat tersebut berada di pentas utama untuk sesi Closing The Gender Gaps: Exploring Best Practices in Women Empowerment in Business through Digital Inclusion.
Dalam ucapannya, Kartika Wati berkata, platform digital Eskayvie Nexus diperkenalkan pada tahun 2020.
Hasilnya, ia telah berjaya membantu ramai individu yang terkesan dengan bebanan kewangan akibat ketidakstabilan ekonomi negara dan dunia amnya.
"Melalui transformasi pendigitalan ini, Eskayvie berhasil membantu usahawan untuk memulakan perniagaan secara dalam talian dan melakukan urus niaga di mana sahaja dengan menggunakan telefon," ujarnya.
Berdasarkan rekod, Eskayvie telah melahirkan lebih daripada 80,000 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia dan Indonesia.
Daripada jumlah tersebut, 85 peratus daripadanya terdiri daripada wanita suri bisnes.
Melalui inisiatif pendigitalan Eskayvie Nexus, pendapatan bulanan wanita suri bisnes telah meningkat daripada USD 500 sehingga USD 40,000 sebulan. (*convert kepada RM*)
"Selain itu, setiap usahawan Eskayvie Nexus yang berdaftar di bawah jenama Eskayvie turut menerima latihan berterusan bagi memantapkan kemahiran keusahawanan mereka termasuk strategi pemasaran, jualan dan kepemimpinan yang berkesan," katanya lagi.
Menerusi platform Eskayvie Nexus juga, syarikat tersebut dilihat mampu untuk terus memberikan impak yang lebih besar kepada komuniti.
Baca lagi Lakar sejarah hebat, lebih 100,000 pengunjung banjiri Karnival Pendidikan Sinar Bestari!
"Pada masa sama, Eskayvie mahu mengukuhkan lagi kedudukan dalam dunia kesihatan berkualiti tinggi dan menguasai pasaran halal.
"Ini adalah langkah menuju masa depan yang lebih cerah, lebih seimbang dan lebih inklusif,” ungkap Kartika Wati optimis.
Selain Malaysia, Singapura dan Brunei, Eskayvie kini terus unggul apabila telah melebarkan jenamanya ke Asia Tenggara melalui Eskayvie Global Indonesia.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang