SEMUA orang tahu, tugas seorang rider memang mencabar.

Sebagai contoh, ketika beratur untuk membeli minuman di sebuah stesen minyak, remaja berusia 20-an yang juga seorang rider masih sempat memenuhi permintaan pelanggannya membeli air.

Meskipun hanya tinggal tujuh minit berbuka puasa, demi rezeki, beliau harungkan jua.

Itu hanya satu situasi yang berlaku di depan mata SinarPlus, di platform media sosial, banyak lagi kebaikan rider yang dikongsi warganet.

Bertitik tolak daripada itu, Eskayvie Sdn Bhd iaitu syarikat pengeluar produk kesihatan di Malaysia, Eskayvie Diffenz baru-baru ini menganjurkan Program Bingkisan Raya Rider 2023 bertempat di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Baca ni ‘Misi cipta hadiah bermakna.’ 21 tahun pengalaman, Pods & Petals Giftlab ‘otai’ dalam gubahan bunga dan hamper

Program berkongsi rezeki dengan lebih 600 rider e-hailing penghantar makanan atau bungkusan itu adalah hasil kerjasama dengan Yayasan Eskayvie.

Ia merupakan salah satu cara syarikat berkenaan menyumbang semula kepada masyarakat yang memerlukan.

Menurut Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, tugas rider yang juga pekerja barisan hadapan menjalankan perkhidmatan penghantaran sebenarnya sangat mulia kerana membantu memudahkan urusan orang lain.

“Pada masa sama, mereka juga terdedah kepada pelbagai risiko seperti penyakit dan kemalangan. Oleh itu, Eskayvie ingin memberikan sokongan dan suntikan semangat kepada mereka agar dapat terus memberikan perkhidmatan dengan baik.

“Sebagai syarikat yang berpegang teguh kepada visi memperkasakan kesihatan dan ekonomi ummah, Eskayvie sangat prihatin terhadap pentingnya kesihatan setiap individu di dalam usaha menjana ekonomi keluarga. Jika badan sihat, pastinya tugas dapat dijalankan dengan lebih berkesan,” katanya lagi.

Baca ni Kewajipan isteri & ibu tidak terabai, rupanya air tangan Ezzaty rahsia penambat hati suami

Turut hadir ialah Duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.

JADI INSPIRASI

Iklan

Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri selaku formulator produk berkualiti Eskayvie berkata, selain sumbangan berbentuk duit dan juadah raya, pihak mereka turut menyediakan Eskayvie Afeeya Cafe untuk bekalan tenaga rider.

“Eskayvie Afeeya Cafe adalah sebagai ikhtiar untuk membantu mereka lebih bertenaga dan kekal fokus terutamanya ketika berada di jalanan,” ujarnya.

Berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan dan formulasi produk banyak membantu usaha Dr Syid Ayob dalam menghasilkan produk berkualiti yang sesuai dengan
keperluan pengguna.

Baca lagi ‘Untung isteri, rumah lawa suami baik.’ Black Hanafiah kongsi suasana kediaman raih pujian. Kemas & tenang jer!

Iklan

“Pihak kami berharap, program dengan kerjasama Yayasan Eskayvie seperti ini dapat memberikan semangat kepada mereka yang sedang berjuang di dalam
keadaan ekonomi yang agak mencabar masa kini.

“Semoga program sebegini dapat memberikan manfaat yang besar kepada rider dan masyarakat yang memerlukan” katanya.

Sementara itu, ujar Aznil, beliau berharap program seumpama itu dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk turut sama berkongsi kebaikan dan membantu memberik kesedaran tentang pentingnya penjagaan kesihatan, tidak kiralah apa jua bidang tugas dan kerjaya masing-masing.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.