“TERIMA kasih kepada RISDA (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah) kerana banyak membantu usahawan kecil seperti kami dari segi kursus dan dana.“ 

Demikian kata Siti Haniyah Sarmin yang merupakan pemilik syarikat Reka Jahit Resources. 

Ujarnya kepada SinarPlus, beliau berasa bertuah dan gembira apabila mendapat bimbingan RISDA secara total sejak dua tahun lalu.
“Pada mulanya, saya hanya menjalankan perniagaan di rumah dengan menerima tempahan menjahit pakaian, langsir dan ubah suai pakaian.

“Apabila bisnes semakin berkembang, saya menyertai program usahawan bimbingan RISDA untuk meluaskan lagi perniagaan sedia ada,” katanya yang ditemui sempena Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan Desa @ Sg Besar di Stadium Sungai Besar, Selangor baru-baru ini.

Baca juga: Sinar Harian hargai sumbangan usahawan PKS menerusi Anugerah BISA, bakal suntik inspirasi kepada peniaga baharu

Baca juga: Kak Ell ambil pusing ‘teguran’ anak demi jadi ibu terbaik. Usahawan terkenal ini juga berkongsi cerita jatuh bangun bisnesnya

 

Menyambung cerita, sebelum fokus kepada perniagaan jahitan, ibu kepada tiga orang cahaya mata itu berkata, beliau telah melakukan pelbagai jenis bisnes.  

Antaranya seperti membuat gubahan cenderahati perkahwinan, menjual kerepek dan kuih raya termasuk mengusahakan kraftangan jahitan seperti cadar, sarung bantal, langsir, reben, alas meja serta macam-macam lagi.

“Pun demikian, semuanya tak menjadi sehingga saya hampir diisytiharkan muflis selepas ditipu rakan kongsi. Saya tak mahu cepat putus asa. Saya bangkit semula dengan mengusahakan perniagaan tempahan jahitan pakaian. 

“Kemudian, saya mengeluarkan sejumlah wang. Alhamdulillah, saya akhirnya memiliki sebuah kilang dan menjadi pengeluar produk tulen serta butik pakaian yang dinamakan Tailor Master by Nea Sarmin di Seksyen 7, Shah Alam,“ katanya.

Sejak itu, wanita berusia 43 tahun tersebut berkata, beliau sentiasa menghasilkan produk-produk baharu. Antaranya seperti busana Muslimah siap dijahit.

Beliau turut mengeluarkan inner pakaian dan tudung, skirt zumba, pengikat rambut crunchy serta lain-lain. Semestinya harga yang ditawarkan memang mampu milik.

Aktiviti Ekonomi Tambahan

Selepas itu, kata Siti Haniyah, beliau mengetahui tentang informasi bantuan RISDA melalui anak saudaranya.

Sebagai anak pekebun kecil, wanita itu berkata, beliau layak untuk membuat permohonan.

“Syukur, saya terpilih dan pihak RISDA menganugerahkan saya geran Aktiviti Ekonomi Tambahan (EAT) berbentuk peralatan jahitan pukal berjumlah RM10,000 pada tahun 2021. Seterusnya, bantuan pembungkusan, label dan tanda dagangan pada tahun berikutnya sebanyak RM10,000,“ ujarnya.

Terbaharu, pada tahun ini, Siti Haniyah sekali lagi menerima EAT berjumlah RM10,000 untuk peralatan mesin sulaman.

Baca juga: Hoorrey x Fest Raya himpun 100 usahawan selebriti popular

Baca juga: Daripada tanah kosong, usahawan ini bangunkan hotel kecil. Nilai tempahan bilik dah cecah RM2 juta

“Hasil bantuan tersebut, pengeluaran kilang kami dapat dipertingkatkan, sekali gus menambah pendapatan bisnes saya. Bukan itu sahaja, perniagaan online di platform Shopee dan Tik Tok juga semakin positif,“ ujarnya yang mempunyai tujuh orang pekerja dan turut membimbing suri rumah melalui kelas-kelas jahitan secara percuma.

Iklan

Mengulas lanjut, Siti Haniyah memberitahu, program-program anjuran RISDA yang banyak disertai telah menyuntik semangatnya agar lebih berdaya saing. 

“Untuk perancangan pada masa hadapan, saya mahu terus bersama RISDA untuk memperluaskan produk jahitan saya ke pasaran luar juga,“ kataya dengan penuh semangat.

Seorang lagi usahawan yang juga pengilang biskut, Abdul Manan Sulaiman, 59, turut berkongsi kisah kejayaan berkat bimbingan RISDA.

Usahawan berusia 59 tahun itu berkata, perniagaannya bermula pada tahun 2018. 

Terlebih dulu, beliau menjual tart nenas, cip coklat, biskut sagun dan biskut kelapa dengan modal berjumlah RM20,000 sebelum mendapatkan dana daripada RISDA. 

“Melalui program EAT, saya diberi peralatan sebanyak dua kali dengan nilai RM20,000 setiap satu, selain memperoleh bantuan pembungkusan sebanyak RM10,000 pada tahun 2019,“ katanya yang teruja apabila pemasaran produknya berjaya diperluaskan.

Iklan

Baca juga: Aisyah Hijanah usahawan, pendakwah dan influencer muda penuh wawasan. Ini rahsia kejayaannya


Secara keseluruhan, rangkaian jenama Kahfy miliknya boleh didapati di hampir 300 cawangan Kedai Mesra, Petronas di seluruh negara.

Abdul Manan menambah, beliau juga sedang rancak mempelbagaikan segmen perniagaannya dengan menyediakan makanan sampingan untuk majlis perkahwinan, sambutan hari jadi atau doa selamat.

“Kami bekerjasama dengan perancang perkahwinan untuk menyediakan menu hidangan seperti kambing golek, sata, otak-otak dan cenderahati,“ katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!