BUBUR cha cha adalah hidangan pencuci mulut yang sangat terkenal dalam masyarakat kita.
Hidangan berwarna-warni tersebut memang jadi kegemaran tidak kira golongan tua atau anak-anak kecil.
Admin sendiri kalau jumpa bubur cha cha pada majlis kenduri, memang akan senduk terus ke mangkuk. Suka sangat!
Selalunya bila nak masak juadah tersebut, kita akan beli tepung ready made di pasaran.
Namun, pada hari ini SinarPlus ingin kongsikan resipi bubur cha cha homemade.
Ia merupakan idea seorang pengguna, Mas Ryana di Facebook dan beliau memanggilnya sebagai bubur gunting.
Berikut dikongsikan bahan-bahan dan cara penyediaan bubur cha cha versi wanita tersebut.
Bahan-bahan
Tepung gandum [BELI DI SINI]
Air
Pewarna [BELI DI SINI]
Santan [BELI DI SINI]
Gula [BELI DI SINI]
Daun pandan [BELI DI SINI]
Secubit garam [BELI DI SINI]
Cara penyediaan:
1. Uli tepung bersama air yang telah ditambah pewarna.
2. Canai dan masak di atas kuali tanpa minyak.
3. Potong secara memanjang dan gunting menjadi cebisan kecil.
4. Masak bersama santan, gula, daun pandan dan secubit garam.
5. Sedia untuk dihidang.
Baca juga:Rangup, kerinting ada tekniknya! Resipi ayam goreng ala KFC, mudah & cepat. Perapan 2 bahan
Juadah yang kita makan sejak kecil itu memang sangat menyelerakan.
Bila dah tahu cara buat, bolehlah selepas ini masak sendiri.
Baru puas boleh makan banyak-banyak.
Selamat mencuba semua!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang