KEK coklat sentiasa menjadi pujaan, apatah lagi jika ditambah cheese. Tentu bertambah sedap! Rupanya tak susah pun untuk menyediakan kek coklat cheese kukus bersaiz mini.

Hanya adun, stim dan hiaskan dengan coklat masakan, kek ini benar-benar menggoda selera. Jom ikuti resipi dikongsi Nuralia Idayu ini.

KEK COKLAT KUKUS CHEESE

Bahan untuk kek:
2 biji telur
1/2 cawan gula [BELI DI SINI]
1/2 cawan susu pekat [ BELI DI SINI]
1 cawan minyak [ BELI DI SINI]
1/2 cawan fresh milk/ susu cair [ BELI DI SINI]
1/2 cawan air
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum [BELI DI SINI]
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan untuk lapisan cheese:
250 gram cream cheese (Nuralia menggunakan Tatura)
1 biji telur
1 sudu besar tepung gandum [BELI DI SINI]
3-4 sudu besar gula [BELI DI SINI]

Cara penyediaan

Adunan cheese:

1-Putarkan cheese hingga lembut.

2-Masukkan telur, tepung gandum dan gula.

3-Adun sebati. Jika kurang manis, boleh tambah gula. Ketepikan.

Adunan kek:

1-Pecahkan telur, masukkan gula. Putarkan sebati.

2-Kemudian masukkan susu pekat dan minyak.

3-Tuangkan tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.

4-Masukkan fresh milk, air sedikit demi sedikit. Gaul perlahan hingga sebati kemudian barulah menggunakan mixer.

5-Masukkan kira-kira dua sudu adunan kek dalam acuan lompang untuk lapisan pertama. Kukus selama lima minit.

6-Buka penutup pengukus, isikan pula acuan tadi dengan lapisan cheese sebagai lapisan kedua.

7-Anda tidak perlu angkat acuan keluar daripada pengukus.

8-Sambung kukus selama lima minit.

Iklan

9-Kemudian sudukan pula lapisan ketiga dan kukus kembali selama 20 minit.

10-Selepas selesai, tutup api dapur dan keluarkan kek daripada pengukus.

11-Sejukkan dahulu kek kemudian baharu tanggalkan acuannya.

12-Anda boleh menghias kek ini mengikut cara yang digemari seperti coklat masakan cair.

13-Sedia untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Baca juga: Hampir 700 share, resipi kek coklat viral sukatan cawan, gerenti sedap & super moist

Iklan

Baca juga: Tak perlu pakai mixer, mudahnya buat kek coklat moist jimat tanpa telur, susu & mentega

Baca juga: Hanya guna 5 bahan untuk bikin Bebola Kek Coklat Berkeju paling sedap. Jom cuba

Baca juga: Mudahnya buat kek coklat gebu guna blender, jadi sumber pendapatan pun boleh

Sumber: Nuralia Idayu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!