ASAM pedas antara menu kegemaran ramai. Masakan signatur negeri Melaka itu juga memang ramai peminatnya.

Pun begitu, bukan semua orang ada skil dan tahu cara memasak hidangan berkenaan dengan rasa yang lebih sedap dan padu.

Bagi anda yang nak mencuba masak sendiri resipi asam pedas,  boleh cuba petua yang dimuat naik menerusi Facebook Mizah Ngatiman .

Baca ni ‘Berlakon pandai & masak pun boleh. Sukanya konsep open kitchen tu.’ Shaheizy Sam tayang ruang dapur bikin ramai kagum

asam pedas

Rupa-rupanya idea berkenaan diperoleh menerusi satu rancangan masakan yang dikendalikan oleh pereka fesyen terkenal tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim.

Kata figura itu, pendekatan masakan tersebut dikongsikan sendiri oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kepadanya jika mahu hidangan asam pedas memiliki rasa yang sedap dan padu.

Menurut Rizalman, baginda berkata, masakan bertumis akan sedap kalau pecah minyak beberapa kali.

“Pecah minyak tumisan bahan kisar dulu, kemudian pecah minyak sekali lagi bila kita masukkan ayam atau daging. Saya cuba teknik itu dalam resipi asam pedas daging dan tetel.

Baca lagi Rahsia masak asam pedas power, sedap & kuah pekat, Cef Wan kongsi tip daripada arwah nenek

asam pedas

“Memang sedap dan apabila betul-betul pecah minyak daging dan tetel tu lembut elok teksturnya. Kuah asam pedas macam ni kan, sedap kalau dapat cicah dengan lempeng atau roti canai. Lebih-lebih lagi kalau kita panaskan sebelah pagi untuk sarapan,” ujar beliau.

Berikut bahan-bahan dan cara membuat asam pedas daging campur tetel:

Baca lagi ‘Tangan bau asam pedas, pakej mekap.’ Gelagat lucu Fattah Amin solek Fazura bikin ramai terhibur

asam pedas daging

Bahan-bahan

1 bekas isi daging dan tetel

Bahan kisar

20 tangkai lada kering (rebus)

2 sudu besar biji ketumbar (BELI DI SINI)

5 ulas bawang putih (BELI DI SINI)

1 biji bawang besar (BELI DI SINI)

2 inci halia (BELI DI SINI)

2 inci lengkuas (BELI DI SINI)

1 inci kunyit hidup (BELI DI SINI)

1 batang serai (diketuk)

2 sudu besar asam jawa (jadikan pes)

Bahan-bahan penyedap rasa

Baca lagi Asam pedas ayam versi Melaka, mudah, ‘kaw’ rasanya

asam pedas

Daun kesum

Bunga kantan

Iklan

Daun limau purut

Cara penyediaan:

1. Tumis bahan kisar. Api kecil sehingga betul betul dapat pecah minyak dan naik bau.

asam pedas

2. Masukkan daging dan tetel. Biarkan air daging dan tetel kering. Tutup kuali dan pastikan api sederhana kecil. Tunggu hingga pecah minyak sekali lagi.

3. Selepas pecah minyak lagi sekali, bolehlah masukkan air secukupnya untuk lembutkan daging dan tetel.

asam pedas

4. Apabila air hampir kering, masukan serai, daun kesum, daun limau dan bunga kantan. Perasakan juga garam dan gula secukupnya.

asam pedas

 

Iklan

5. Akhir sekali masukkan pes air asam jawa.

asam pedas

Siap sudah asam pedas kita.

asam pedas

Baca lagi Cuba kelainan asam pedas dengan ikan salmon. ‘Confirm’ boleh tambah berpinggan-pinggan nasi

Mudah jer, kan? Okay min pun nak cuba juga lepas ni. Makan dengan nasi panas-panas memang layan ni.

Sumber: Mizah Ngatiman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang