PENYANYI Ayda Jebat bakal melahirkan anak keduanya pada bulan Disember nanti. Isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu mendedahkan akan memilih untuk bersalin menerusi pembedahan Caesarean atau czer.
Dijangka bersalin pada Disember depan, Ayda, 31, memaklumkan perkara tersebut turut dipersetujui suami.
Menurutnya, keputusan tersebut kerana sudah melalui pengalaman serupa yang disifatkan cukup indah.
Baca juga: Ayda Jebat mengandung anak kedua 5 bulan, Ana Nayla bakal jadi kakak
"Saya masih memilih untuk bersalin secara pembedahan kerana menerusi pengalaman yang pertama dulu, saya memang dapat suatu momen yang membahagiakan.
"Mungkin bagi lain orang berbeza kesannya. Masing-masing boleh memberikan pendapat. Alhamdulillah pengalaman dan momen (bersalin) dipermudahkan-NYA.
"Malah selepas bersalinanak pertama, ada kawan Nabil bertanya pendapat dan kami hanya berkongsi apa yang dirasakan baik,” katanya kepada portal hiburan.
Baharu menyambut ulang tahun kelahiran anak kedua anak pertamanya, Ana Nayla, penyanyi lagu Pencuri hati memaklumkan bakal bersalin anak lelaki pada penghujung tahun ini.
Difahamkan tarikh tersebut perlu dipercepatkan daripada tarikh jangkaan asal.
"Jadi insya-ALLAH saya akan bersalin pada bulan Disember. Mudah-mudahan prosesnya akan berjalan dengan lancar,” katanya lagi.
Ayda mendedahkan kepada umum tentang kehamilannya pada Julai lalu ketika kandungan berusia lima bulan.
Sekadar info, Ayda dan Nabil diijab kabul pada 1 Januari 2021 di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Baca juga: Bersalin secara pembedahan tak boleh lebih 3 kali, ini risiko wanita perlu tahu
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!