Pelajar wanita di universiti ramai hidap masalah mental lebih 2 kali ganda berbanding lelaki. Ini sebabnya…

Iklan
IMAGE (73)

MASALAH kesihatan mental boleh terjejas disebabkan pelbagai faktor dan boleh terjadi kepada semua orang tidak mengira jantina.

Golongan pelajar yang bergelut dengan aktiviti pembelajaran juga tidak terlepas daripada mengalami situasi tertekan.

Iklan
Iklan

The Independent baru-baru ini melaporkan penemuan baharu tentang kemelut tersebut berdasarkan satu kajian khas.

Ia dijalankan oleh Institut Dasar di King's College London bersama Pusat Transformasi Akses dan Hasil Pelajar dalam Pendidikan Tinggi (TASO).

Iklan

[caption id="attachment_125626" width="267"] SUMBER cottonbro studio daripada PEXELS.[/caption]

Berdasarkan output, pelajar perempuan di universiti didapati berisiko berdepan tekanan mental lebih dua kali ganda berbanding lelaki.

Iklan

Statistik menunjukkan, 12 peratus pelajar perempuan berdepan dengan kemelut itu, sementara lelaki hanya 5 peratus.

 

"Jumlah mereka yang mengalaminya (masalah kesihatan mental) juga didapati meningkat hampir tiga kali ganda sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan satu daripada enam mahasiswa menderita,” kata penemuan tersebut.

Baca juga: Anak terdedah kepada masalah mental jika masih tidur satu bilik dengan mak ayah. Ini kata pakar

[caption id="attachment_125652" width="267"] SUMBER cRodolfo Quirós daripada PEXELS.[/caption]

LATAR BELAKANG KELUARGA

Hasil penyelidikan turut mendedahkan, sebahagian besar peningkatan itu berlaku dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Apa sebab hal itu berlaku? Berdasarkan analisa, kekangan kewangan menjadi punca utama dan ia menunjukkan peningkatan daripada 3.5 peratus kepada 8 peratus antara tahun 2022 dan 2023.

Baca juga: Angkat isu kesihatan mental, Eva naskhah berbaloi untuk tontonan

[caption id="attachment_125653" width="600"] SUMBER Pixabay daripada PEXELS.[/caption]

Sementara itu, profesor di Institut Dasar King's College London yang juga pengarang kajian tersebut, Michael Sanders berkata, latar belakang pelajar juga menyumbang kepada isu tersebut.

"Orang muda mungkin mengalami kehidupan yang tidak bernasib baik atau berdepan diskriminasi.

"Tindakan selanjutnya perlu diambil bagi menyokong pelajar dan membantu mereka mendapatkan bantuan sewajarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif, TASO, Dr Omar Khan pula berkata, Covid-19 dan krisis kos sara hidup jelas memburukkan krisis berkenaan.

"Justeru, kami bekerjasama dengan sektor pendidikan tinggi untuk lebih memahami situasi tersebut dan berharap dapat membantu meningkatkan kesihatan mental semua pelajar," katanya.

Baca juga: Wanita hamil jangan pandang remeh tekanan darah tinggi, risiko sawan, pendarahan otak & tumbesaran baby terbantut

Baca juga: Risau tak dapat banyak ‘like’, orang tak beri perhatian pada status di media sosial, ada kaitan dengan masalah mental? Ini penjelasannya 

[caption id="attachment_125654" width="665"] SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.[/caption]

Usaha tersebut adalah demi mengelakkan golongan tersebut bertindak di luar kawalan.

Berdasarkan data yang diperoleh juga, kadar bunuh diri dalam kalangan kumpulan itu juga adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding komuniti lain.

Penyelidikan antarabangsa terkini itu jelas menunjukkan isu mental bukan suatu hal yang boleh dipandang enteng.

Jangan sekali-kali memperlekehkan golongan itu bagi mengelak derita yang ditanggung mereka lebih mudarat.

Beri sokongan dan cadangkan mereka untuk merujuk pakar psikologi atau psikiatari.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang