PM dedah 7 sebab mengapa harga minyak ketika ini masih belum turun
PERDANA Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedar ramai yang menggunakan petikan ucapannya berkait janji menurunkan harga minyak sebelum ini dan menuntut ia ditunaikan sekarang.
Menerusi hantaran di akaun media sosialnya, satu video penjelasan beliau mengapa janjinya untuk menurunkan harga minyak seperti diungkap 15 tahun lalu, tidak dapat dilaksanakan.
Berikut pendedahan tujuh sebab mengapa harga minyak ketika ini masih belum turun;
1. Ketika janji itu diungkapkan 15 tahun lalu, harga minyak Arab Saudi, negara pengeluar minyak terbesar dunia hanya 50 sen seliter berbanding Malaysia RM1.60 hingga RM1.80 seliter.
2. Mengapa harga minyak ketika ini masih belum turun?"Ini jawapan saya. Bila saya kata itu, 2008 pada masa itu, harga minyak Arab Saudi hanya 50 sen seliter berbanding kita, harganya RM1.80 sen. RM1.60 sen seliter.
Baca juga Gerudi minyak dan gas di tengah padang pasir. Keberanian Cempaka Lim jadi inspirasi ramai wanita
3. Ujarnya, pasal apa Arab Saudi boleh 50 sen dan kita tinggi sangat, kita pun kena turun la. Mengapa sekarang pada 2023 (tidak boleh turunkan) kerana sekarang harga minyak Arab Saudi lebih tinggi dari Malaysia.
4. Katanya,"kita nak turunkan macam mana lagi? Kita sudah ada beri subsidi, subsidi tinggi dah, RM30 hingga 40 bilion subsidi."
5. Beliau menjelaskan, Arab Saudi dijadikan ukuran perbandingan kerana negara itu adalah pengeluar minyak yang mengeluarkan bahan api berkenaan berlipat kali ganda berbanding Malaysia.
6. Awal bulan ini di Dewan Rakyat, Anwar menjelaskan, harga petrol tidak boleh diturunkan kepada RM1.50 seliter susulan perkembangan membabitkan kadar semasa minyak mentah dunia.
Baca juga Proton X90 jadi pilihan banyak keluarga di Malaysia. Varian yang lebih jimat minyak, mesra alam
7. Bagaimanapun, PM berkata, harga semasa petrol di Malaysia masih rendah, iaitu RM2.05 seliter berbanding Arab Saudi yang menetapkan RM2.84 seliter.
Justeru, beliau yang juga Menteri Kewangan menyifatkan, tidak wajar jika cadangan diajukan beliau ketika 2008 itu, berterusan dimanipulasi tanpa mengambil kira perkembangan semasa.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!