GELAGAT penyanyi Adira Suhaimi menerusi media sosial miliknya sering meraih perhatian ramai.
Ada sahaja gambar mahupun video miliknya yang mengundang rasa lucu dalam kalangan warga maya.
Sekadar makluman, Adira berkahwin dengan Datuk Red atau Adenan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Baca ni ‘Sedar diri dan tahu kedudukan.’ 8 tahun berpoligami, Adira dedah rahsia hubungan baik dengan madu
Dalam usianya 31 tahun, anak kelahiran Sabah itu sudah bergelar ibu kepada empat cahaya mata.
Pun begitu, pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi tetap maintain cantik dan langsing.
Penyanyi yang mendapat jolokan ‘Snow White Malaysia’ itu dikatakan memiliki kulit cerah sejak kecil lagi.
Menerusi laporan portal Gegar, ibu kepada Anggrek, Asan, Anggun, dan Ayoub itu percaya dengan quote ‘You Are What You Eat’.
Bahkan, beliau juga sangat cerewet dalam memilih makanan dan mengamalkan diet yang betul.
Nak tahu apa yang selebriti jelita itu lakukan, jom semak rahsia cantik cara Adira.
Baca ni Adira mahu kembali aktif, anak tetap keutamaan
TIP KEKALKAN KECANTIKAN
1) Guna krim lembapkan kulit
-Krim pelembap sangat penting untuk wajah dan tubuh. Jika kulit kekal lembap, kulit anda akan kekal cantik.
2) Makanan perlu dijaga untuk kekal cantik
-Benarlah ungkapan tentang apa yang kita makan, melambangkan kesihatan kulit seseorang.
-Jika kulit anda cantik, bermakna pemakanan anda sihat.
-Begitulah sebaliknya, jika kulit bermasalah, cuba lihat kembali pemakanan anda.
-Sebaiknya elak makanan tertentu lebih-lebih lagi bagi anda yang mempunyai masalah alergi.
3) Amalkan minum air kosong
-Selain untuk elak dehidrasi, air juga penting untuk kelembapan kulit.
-Justeru, pastikan badan cukup air jika mahu kulit lebih sihat, lembap dan bercahaya.
4) Makan buah-buahan
-Umum mengetahui, buah-buahan kaya dengan serat dan antioksidan yang baik untuk tubuh dan kesihatan kulit.
-Oleh itu, pilih buah yang kaya dengan vitamin C bagi membantu menjadikan kulit cantik sekali gus mencerahkan kulit.
Baca lagi 'Arwah abah letak syarat kepada suami...'. tiada masalah tinggal serumah, Liza Hanim mahu praktik cara & didikan ibu bapaadira
Nampak mudah dan biasa sahaja tip yang dikongsikan Adira, kan?
Jadi, yang nak tampil cantik macam pelantun lagi Milik Kita itu, boleh ikut caranya. Paling penting, kita kena ada kesungguhan. Tak gitu?
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang