PPUM bantu pesakit kanser payudara B40, elak pesakit tangguhkan proses pemulihan

Iklan
IMAGE (79)

BERDASARKAN statistik, kanser payudara merupakan barah utama yang dihidapi oleh golongan wanita di negara ini.

Menerusi perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia, seorang daripada 19 wanita akan menderita isu kesihatan berkenaan. Pada ketika itu, sebanyak 43 peratus daripada jumlah itu sudah berada pada tahap 3 dan 4.

Iklan
Iklan

Realitinya, penyakit yang mengerikan tersebut akan memberi impak besar kepada pesakit terutama kepada golongan B40.

Iklan

Prihatin dengan situasi itu, sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara bulan ini, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menganjurkan aktiviti mengumpul dana untuk membantu golongan yang memerlukan.

Iklan

Timbalan Pengarah Klinikal (Surgikal), PPUM, Prof Dr Mohd Zulkiflee Abu Bakar berkata, B40 Diagnostic Fund yang merupakan dana inisiatif Unit Kanser Payudara PPUM akan bertindak membantu golongan B40 mendapatkan rawatan diagnostik kanser payudara dalam tempoh masa yang singkat.

 

"Pada tahun ini aktiviti pengumpulan dana diadakan melalui penganjuran majlis Pink Gala Dinner 2023 pada 25 November 2023,” katanya ketika merasmikan kempen Kesedaran Kanser Payudara Pink October 2023: Closing The Care Gap di PPUM, Petaling Jaya, Selangor Isnin lalu.

Hadir sama Duta Pink October 2023, Mrs Asia Worldwide 2018, Datuk Sri Shyleena Faridah Khamis.

Tidak hanya itu, ujar Dr Mohd Zulkiflee, hospital pengajar premier di Malaysia itu turut menganjurkan webinar dan forum bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.

"Pada masa sama, penganjurannya juga adalah untuk menambah ilmu para pegawai perubatan yang terlibat dalam merawat kanser payudara," katanya.

Mengulas lanjut mengenai kempen yang dilaksanakan itu, beliau memberitahu, pihaknya bersandarkan kepada tiga strategi utama yang dimulakan dengan promosi saringan kesihatan dan pengesanan awal kanser.

"Selepas mengetahui tahap pesakit, mereka akan dirujuk ke pusat rawatan kanser payudara bagi melengkapkan pemeriksaan tisu dan pengimejan dalam tempoh 60 hari. Setelah itu, barulah rawatan yang komprehensif akan dilakukan selaras dengan garis panduan terkini," kongsinya.

Baca juga:Sakit payudara ketika haid anda mungkin mempunyai kanser, ini 7 tanda setiap wanita wajib ambil tahu!

Sementara itu, Pengerusi dan Jawatankuasa Sambutan Pink October 2023, Prof Madya Dr See Mee Hoong berkata, sambutan kempen Kesedaran Kanser Payudara Pink October 2023 merupakan salah satu inisiatif tahunan yang dianjurkan oleh Unit Kanser Payudara PPUM dengan kerjasama Pusat Sumber Kanser Payudara dan Kumpulan Sokongan Candy Girls.

Baca juga: Jarang berlaku, jangka hayat rendah. Kanser multiple myeloma sejenis kanser darah yang ditakuti

Baca juga: Jom cek kesihatan sempena ulang tahun keempat Sunway Medical Centre Velocity, tingkat kesedaran kanser

"Sambutan yang dianjurkan setiap tahun ini memainkan peranan utama dalam meningkatkan kesedaran orang awam mengenai peri penting mengesan sel awal kanser. Di samping itu, ia juga sebagai salah satu platform sokongan kepada individu yang terkesan disebabkan kanser payudara ini,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang