Jom cek kesihatan sempena ulang tahun keempat Sunway Medical Centre Velocity, tingkat kesedaran kanser

A
A
A

SETIAP kali tiba September, Sunway Medical Centre Velocity (SMCV) meraikan sambutan ulang tahunnya.

Tahun ni, sempena ulang tahun keempat menerusi kempen , SMCV mengetengahkan kempen #Here4You bagi mewujudkan kesedaran kanser terutamanya dalam kalangan generasi muda dan menekankan kepentingan pengesanan awal serta pencegahannya.

Sebagai salah satu inisiatif, SMCV mengumumkan acara tiga hari yang akan berlangsung di Sunway Velocity Mall untuk mendekati masyarakat dengan cara yang lebih interaktif sambil meningkatkan kesedaran mereka tentang kepentingan langkah pencegahan kanser.

Baca juga: Penting buat saringan kanser payudara, tetapi masih ramai tak ambil peduli

Kredit foto: Pexels

Orang ramai dijemput menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti human claw machine Grip for Good: Fighting Cancer Together, cabaran Beat The Time, Beat Cancer dan permainan Toss the Cell dan Be Fast, Catch It Early di samping berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah

Selain aktiviti di atas, orang ramai berpeluang untuk mendapatkan informasi lebih lanjut berkaitan pakej saringan kesihatan yang ditawarkan oleh SMCV dan boleh mengunjungi gerai vendor daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang bersama-sama menyokong inisiatif meningkatkan kesedaran tentang kanser.

Anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pendermaan organ juga boleh berbuat demikian dengan mengunjungi reruai Pusat Sumber Transplan Nasional dan melakukan ikrar pendermaan organ.

Baca juga: Berbengkung bawa manfaat atau hanya bahana? Kata pakar ini boleh buat kita fikir sekali lagi

Kredit foto: Pexels

Pada 23 September (Sabtu), barisan doktor pakar SMCV sendiri akan ‘turun padang.’

Orang ramai juga boleh berinteraksi sendiri dengan doktor pakar SMCV daripada pelbagai bidang kepakaran seperti pakar perbidanan dan sakit puan, pakar rawatan kesuburan, pakar psikiatri dan pakar bedah kardiotorasik untuk mendapatkan penjelasan mengenai penyakit, ujian saringan, langkah pencegahan dan pilihan rawatan.

Selain itu, anda juga boleh membuat pemeriksaan kesihatan asas percuma.

Kredit foto: Pexels

SMCV turut menyediakan pembelajaran yang menyeronokkan dengan kerjasama Viatris yang mengadakan pameran ‘inflatable heart.’

Berikut butiran lanjut berkaitan #Here4You:

Tarikh: 22 hingga 24 September 2023

Masa: 10 pagi hingga 10 malam

Lokasi: Tingkat 1, V Boulevard, Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Kredit foto utama: Pexels

Baca juga: Zamani sudah dibenarkan keluar hospital

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca